Soalan 1
Teknologi maklumat dan
komunikasi merupakan salah satu strategi yang boleh digunakan dalam pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Grafik penting untuk menyediakan
bahan-bahan pandangan (visual) untuk menyampaikan mesej yang jelas. Keistimewaan
objek grafik ialah ia mudah difahami ileh orang ramai walaupun menghadapi
halangan bahasa komunikasi yang berbeza. Bahan grafik yang berkesan mendorong
interaksi yang aktif di dalam bilik darjah dan mewujudkan suasana pebelajaran
yang menyeronokkan dan mencabar. Prinsip reka bentuk visual sangat sesuai
diaplikasikan dalam m
embuat poster. Terdapat 6
prinsip dala reka bentuk visual iaitu C A S P E R.
Contrast
(perbezaan yang ketara).
Prinsip kontrast mengatakan bahawa jika 2 item tidak serupa, maka perbezaan itu
hendaklah diperlihatkan dengan ketara seperti warna hitam dan warna putih. Idea
utama di sebalik kontrast adalah untuk mengelakkan unsur diadalam satu muka
surat hampir sama. Kontras mempunyai kaitan dengan imej, warna dan tipografi. Sebagai
contoh dalam poster, tipografi ditulis dengan tulisan yan bersar dan berwarna
panas. Manakala latar belakang lazimnya diwarnakan gelap bagi mengwujudkan
kontra pada poster.
Allignment
(susunan lurus). Dalam
rekaan sesuatu visual ia perlu seimbang di mana elemen grafik disusun supaya
beratnya seimbang dalam setiap bahagian reka bentuk. Terdapat 2 jenis seimbang
iaitu seimbang formal dan seimbang tidak formal. Seimbang formal bermakna
pembahagian yang sama antara dua bahagian visual samada kiri dengan kanan atau
atas dengan bawah. Seimbang tidak formal bermakna pembahagian yang tidak sama
rata antara item kiri dengan kanan atau atas dengan bawah.
Simplicity (mudah). Simplicity
bermaksud sesuatu rekaan haruslah memungkinkan kefahaman yang cepat dan jelas.
Cara yang terbaik ialah dengan empersembahkan satu perkara pada satu masa. Idea
yang banyak dalam satu visual akan mengelirukan. Visual yang mengandungi
sedikit elemen adalah lebih baik, kerana mudah dilihat. Hadkan
perkataan-perkataan yang ditayangkan dalam satu visual tayangan. Lukisan
hendaklah jelas dan terang.
Proximity (penyatuan/berhampiran).
Penyatuan ialah perhubungan yang lahir di antara elemen-elemen visual apabila
elemen tersebut berfungsi bersama sebagai satu keseluruhan. Dengan kata lain,
elemen-elemen seperti penghurufan, warna, bahan-bahan lain hendaklah saling
melengkapi antara satu sama lain untuk mengukuhkan idea dasar yang hendak
disampaikan.
Emphasis (Penekanan). Dominan penekanan
merupakan pusat penumpuan atau minat. Dalam sesuatu rekaan visual, objek atau
item utama mestilah ditonjolkan agar dapat dilihat dan dibaca maksudnya. Terdapat
pelbagai cara untuk mencapai dominan, antaranya ialah menggunakan Rule of
Third. Rule of Thind ialah berdasarkan kajian bagaimana manusia menyaring
sesuatu visual. Daripada kajian itu, didaati perhatian tertumpu lebih di sudut
atas kiri daripada tempat-tempat lain.
Repetition
(pengulangan). Prinsip
ini menyatakan bahawa harus tekalkan sesuatu aspek reka bentuk pada tempat
tertentu. Unsur yang ditekalkan mungkin berupa fon yang dihitamkan, garis
kasar, bullet yang serupa, warna, unsur reka bentuk, format tertentu, hubungan
ruang dan sebagainya.
Soalan 2
Belajar merupakan sebuah
proses perubahan tingkah laku ke arah yang positif dan daripada tidak tahu
kepada tahu. Dalam proses pembelajaran, perbezaan individu mempunyai pengaruh
yang kuat terhadap pencapaian murid dan akademiknya. Sebagai seorang guru,
perbezaan individu dan gaya pembelajaran haruslah diperlihat dengan terperinci
supaya hasil pembelajaran tercapai. Guru perlu sentiasa menyediakan pelbagai
strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua murid
mencapai objektif yang ditetapkan. Selain itu, penyampaian guru haruslah yakin
dan bermakna. Guru juga wajar menjadikan diri mereka sebagai seorang penghibur
yang berbakat. Penelitian terhadap strategi dan teknik yang digunakan dapat
memberikan kesan kepada pengajaran dan pembelajaran di kelas. Guru perlu tahu
tahap kemampuan murid dalam pencapaian mereka sebelum menentukan hasil
pembelajaran bagi proses P&P. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
bergantung kepada perancangan guru yang melibatkan aspek fizikal dan psikologi
pembelajaran.
Kaedah yang boleh digunakan
ialah dengan menggunakan teknik Demonstrasi. Demonstrasi ialah salah satu cara melatih murid memerhati dan
melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur. Dalam proses ini terdapat
komunikasi lisan secara langsung daripada guru kepada murid. Teknik ini
bertujuan memberi peluang kepada murid agar benar-benar memahami perkara yang
hendak dipelajari melalui prosedur yang ditunjukkan. Kaedah demonstrasi ini
membolehkan murid-murid menguasai sesuatu perkara dengan lebih mudah dan dapat
meningkatkan ingatan murid terhadap sesuatu perkara. Demonstrasi yang baik
memerlukan objektif dan kandungan yang teliti, penerangan yang jelas, tumpuan
daripada murid, rumusan dan aktiviti susulan dalam memperkukuhkan kefahaman
murid. Langkah pelaksanaan demonstrasi yang kami lakukan bermula dengan guru
menentukan topik serta menyediakan alatan dan bahan. Sebelum itu guru
menerangkan cara penggunaan alatan dan bahan kepada murid-murid. Kemudian, guru
melaksanakan langkah-langkah aktiviti yang perlu diikuti dan ditunjukkan kepada
murid-murid. Semasa demonstrasi ini dibuat, murid akan memberi gerak balas atas
setiap persoalan yang diajukan untuk mengetahui pemahaman murid. Urutan perlu dicatatkan
supaya tiada perkara penting yang ditinggalkan. Guru juga meminta murid
mengulangi langkah dan murid akan mempraktikkan apa-apa sahaja yang telah
dipelajari.
Yang kedua ialah dengan
menggunakan strategi pemusatan bahan dan
murid. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, bahan pengajaran
memainkan peranan yang penting. Guru atau murid perlu bergantung sepenuhnya
kepada penggunaan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pengajaran. Di sini,
bahan untuk menjalankan aktiviti perlu disediakan guru untuk mencapai objektif
yang ditetapkan. Guru juga lebih mengutamakan kecekapan dan kemahiran
menggunakan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pengajaran. Bahan-bahan
yang disediakan ini dapat membantu murid memahami konsep yang abstrak dengan
lebih jelas di samping memupuk semangat berdikari dengan menjalankan aktiviti
pembelajaran tanpa kehadiran atau pertolongan guru. Contohnya guru menunjukkan
model kereta yang diperbuat daripada kad manila. Bahan maujud ini akan memberi
gambaran jelas tentang konsep bentuk dan sebagainya. Sememangnya strategi
pemusatan bahan pelajaran ini sangat mementingkan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang bermakna melalui pengalaman yang sebenar. Dengan adanya ilmu
pengetahuan yang abstrak dapat dikaitkan dengan situasi yang konkrit.
Seterusnya ialah dengan
menggunakan penggabungjalinan. Penggabungjalinan
bermaksud pengintegrasian pelbagai kemahiran untuk menghasilkan pelajaran yang
bersepadu dan menyeluruh. Strategi ini
bertujuan mengukukuhkan kemahiran antara satu sama lain dan menjadikan aspek
pembelajaran saling melengkapi dalam sesuatu pelajaran, agar pembelajaran
tersebut lebih menarik dan bermakna (Kamarudin Haji Husin, 1990). Penggabungjalinan ialah proses penyampaian
beberapa kemahiran seperti membaca, menulis dan mengira semasa P&P
dijalankan. Antara kemahiran yang digabungjalinkan ialah membaca dan menyanyi,
mewarna dan mendengar, menggunting dan menggam gambar. Kemahiran-kemahiran seni
visual dapat digabungjalinkan dengan kemahiran bahasa. Ciri-ciri gabungjalin
ini sangat menarik dan proses melaksanaknnya bersepadu dan menyeluruh. Dengan
ini, murid dapat menintegrasikan kepelbagaian kemahiran dalam sesuatu aktiviti
ini. Selain itu, kemahiran menggunting dan mewarna ini akan saling
kukuh-mengukuh antara satu sama lain. Murid dapat belajar cara kemahiran
menggunting sekaligus pandai menggunakan kemahiran mewarna dengan cara yang
betul. Cara mengguna gabungjalin ini perlulah dirancang berdasarkan objektif
pembelajaran. Perlunya penggabungjalinan kemahiran-kemahiran melahirkan murid
yang berupaya dan cekap dalam penguasaan sesuatu pengajaran dan pembelajaran.
Seterusnya melahirkan individu yang mahir dalam semua bidang/kemahiran dengan
cepat dan teratur.
Soalan 3
(a) Empat bidang dalam PSV
1.
Menggambar
2.
Membuat
corak dan rekaan
3.
Membentuk
dan membuat binaan
4.
Mengenal
kraf tradisional
(b) RANCANGAN
PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 6
Tahun :
6 Bestari
Bilangan
murid : 30 orang
Tarikh
: 30 Oktober 2014
Bidang
: Membuat corak dan
rekaan
Tajuk
: Corakku
Rekaanku
Masa
: 8.00 pagi –
9.00 pagi
Pengetahuan sedia ada : Murid
pernah mempelajari corak dan rekaan bermotifkan alam dan buatan manusia
Hasil
pembelajaran :
Aras 1
1.
Menggunakan
bahan, teknik dan corak yang sesuai untuk menghiasi permukaan 2D dan 3D
Aras 2
1.
Mengolah
motif berdasarkan objek alam dan objek buatan manusia bagi menghasilkan corak
dan rekaan
Aras 3
1.
Menguasai
beberapa kemahiran, kawalan tatacara dan disiplin kerja dalam menghasilkan
corak dan rekaan.
Objektif : Pada akhir pembelajaran
murid dapat
1.
Menggunakan
bahan serta teknik untuk menghasilkan corak yang sesuai dalam menghiasi
permukaan 2D (kertas) dan 3D (botol air).
2.
Mengaplikasikan
corak bermotifkan alam dan objek buatan manusia dalam rekaan yang dihasilkan.
3.
Menguasai
kawalan tatacara dan disiplin seperti kekemasan, ruang dan warna dalam
menghasilkan corak dan rekaan.
BBM : Gambar permukaan 2D dan 3D, Kotak
Misteri, kad berbentuk motif, contoh karya yang telah siap, carta langkah
Alat dan Bahan : Kertas lukisan(2D), botol minuman
(3D) pensel, pensel warna, marker pen berwarna-warni.
Nilai : Kebersihan, berdisiplin dan
bekerjasama.
KBKK : Murid dapat menjana idea secara
kreatif dan dapat menghargai benda-benda di sekeliling.
KOMPONEN
|
ISI PELAJARAN
|
AKTIVITI PDP / ILLUSTRASI
|
CATATAN
|
Set induksi
(5 minit)
|
·
Kotak misteri
·
Teka
bentuk objek motif alam dan buatan manusia.
|
1. Guru menyediakan sebuah
kotak dinamakan Kotak Misteri yang mengandungi kad berbentuk yang bermotifkan
alam dan buatan manusia.
2. Murid akan mengambil kad
bentuk tanpa melihat ke dalam kotak.
3. Murid akan menerangkan
bentuk yang telah diambil tadi.
|
BBM
: kotak misteri
|
Langkah 1
PERSEPSI ESTETIK
(10 minit)
|
·
Guru
memperkenalkan konsep motif alam dan buatan manusia kepada murid.
·
Guru
memperkenalkan sifat asas seni reka pada motif corak alam dan buatan manusia.
|
1.
Guru
menjelaskan secara ringkas definisi
dan contoh corak pada alam dan buatan manusia.
|
BBM
:
-
kad
gambar corak alam dan corak buatan manusia
KBT :
- Soal jawab
- Berpusatkan guru & bahan
|
Langkah 2
APLIKASI SENI
(10 minit)
|
Pengenalan
kepada alat dan bahan
|
1. Guru menunjukkan contoh
hiasan permukaan 2D dan 3D yang menggunakan bentuk motif alam dan buatan
manusia.
2. Guru menunjukkan contoh
pelbagai teknik penghasilan corak dan rekaan pada permukaan objek 2D dan 3D.
3. Guru menerangkan kegunaan
setiap alat dan bahan yang akan digunakan untuk aktiviti hari ini.
|
Strategi :
-
Berpusatkan
guru
|
Langkah 3
EKSPRESI KREATIF
(20 minit)
|
Murid
menghasilkan karya pada kertas lukisan serta botol minuman.
|
1. Guru mengedarkan alat dan
bahan kepada murid.
2. Murid mula melakar corak
dan rekaan pada kertas lukisan (objek 2D)
3. Murid mewarnakan corak pada
kertas lukisan dengan menggunakan pensel warna.
4. Seterusnya murid mula
membuat corak pada objek 3D iaitu di permukaan botol minuman.
5. Mudi mewarnai corak dengan
menggunakan men marker yang berwarna-warni.
6. Murid membuat kemasan pada
karya masing-masing.
|
Alat dan bahan :
-
Kertas lukisan
-
Botol minuman
-
Pensel
-
Pensel warna
-
Pen marker
Strategi :
- Berpusatkan murid
EMK :
- kreatif & inovatif
KBT :
-
Kecerdasan pelbagai
-
Interpersonal
-
Intrapersonal
|
Penutup:
APRESIASI SENI
(10 minit)
|
·
Sesi refleksi dan apresiasi mudah dengan
bimbingan guru.
·
Guru menerapkan unsur keusahawanan dengan
menggalakkan pelajar menghasilkan karya corak yang bermutu.
|
1. Murid mempamerkan hasil kerja dan menyatakan hasil karya sendiri serta
rakan.
2. Murid menceritakan pengalaman semasa membuat corak pada objek 2D dan
3D di hadapan kelas.
3. Guru menggalakkan pelajar menghasilkan karya cetakan yang bermutu
supaya boleh dijual.
4. Guru mengukuhkan semula tajuk pembelajaran pada hari ini.
|
Strategi :
- Berpusatkan murid
Nilai murni :
- keberanian
EMK :
- keusahawanan
KBT :
-
Kecerdasan pelbagai
-
Intrapersonal
-
Verbal linguistik
|