Saturday, 24 January 2015

RPH MORAL TAHUN 1 BAIK HATI

PENGENALAN


Alam belajar dapat didefinisikan sebagai sesuatu keadaan atau suasana belajar yang dapat merangsang minat belajar dalam diri kanak-kanak. Belajar merupakan sebuah proses perubahan tingkah laku ke arah yang positif dan daripada tidak tahu kepada tahu. Ini membuktikan bahawa pelaksanaan Rancangan Pengajaran Harian merupakan tonggak kepada kejayaan murid. Dalam proses pembelajaran, perbezaan individu mempunyai pengaruh yang kuat terhadap pencapaian murid dan akademiknya. Sebagai seorang guru, perbezaan individu dan gaya pembelajaran haruslah diperlihat dengan terperinci supaya hasil pembelajaran tercapai. Guru perlu sentiasa menyediakan pelbagai strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua murid mencapai objektif yang ditetapkan. Selain itu, penyampaian guru haruslah yakin dan bermakna. Guru juga wajar menjadikan diri mereka sebagai seorang penghibur yang berbakat.
Penelitian terhadap strategi dan teknik yang digunakan dapat memberikan kesan kepada pengajaran dan pembelajaran di kelas. Guru perlu tahu tahap kemampuan murid dalam pencapaian mereka sebelum menentukan hasil pembelajaran bagi proses P&P. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada perancangan guru yang melibatkan aspek fizikal dan psikologi pembelajaran. Di samping itu, pembelajaran haruslah melibatkan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) supaya minda murid mencapai tahap kelas pertama dengan pemikiran logikal yang bersifat kritis, kreatif dan inovatif.











RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1
Mata pelajaran               : Pendidikan Moral
Tahun                             : 1 Amanah
Tarikh                            : 16.Ogos.2014
Masa                              : 8.00-9.00 (60 minit)
Bilangan murid              : 30 orang
Tema                             : Saya Baik Hati
Tajuk pelajaran              : Berbakti kepada keluarga
Standard kandungan    : 2. Baik hati
Standard pembelajaran : 2.1 Membantu keluarga
                                               2.1.2 Menyenaraikan cara membantu keluarga
2.1.3 Menyedari perasaan ahli keluarga yang memerlukan bantuan
Pengetahuan sedia ada : murid tahu sifat baik hati yang ada pada diri
Hasil Pembelajaran :
i) Kognitif
1. Murid dapat menyenaraikan sekurang-kurangnya dua cara membantu keluarga
2. Murid dapat mengetahui dan mengenal pasti perasaan ahli keluarga yang memerlukan bantuan
ii) Afektif
1. Menyedari dan berasa simpati terhadap ahli keluarga yang memerlukan bantuan
iii) Tingkah laku
1. Membantu ahli keluarga yang dalam kesusahan
2. Mengamalkan sikap baik hati setiap masa
Gabungjalin : Bahasa Melayu
Penyerapan nilai / unsur lain : Mewarna , Nilai tolong-menolong
KBKK : Menjana idea
Bahan bantu mengajar : Video, Permainan “puzzle”, carta pokok, lembaran kerja
Langkah
Isi pelajaran
Strategi / Aktiviti guru dan murid
Catatan
Set Induksi
(5 minit)
Guru menunjukkan tayangan video mengenai baik hati kepada murid

Tajuk pelajaran pada hari ini ialah saya baik hati
1.    Guru menunjukkan tayangan video kepada murid.
2.    Guru mengaitkan video dengan isi pelajaran pada hari ini iaitu baik hati dan berbakti kepada keluarga.
3.    Murid memahami hubungan video tersebut dengan tajuk.
BBM : video

Rujuk Lampiran
Langkah 1
(15 minit)
Gambar yang berkaitan dengan membantu keluarga

Apakah situasi yang terdapat dalam gambar?

Apakah yang sedang dilakukan oleh adik?

·         Adik menolong nenek
·         Abang menolong ayah angkat barang
·         Saya menyapu sampah


1.    Guru bersoal jawab dengan murid mengenai gambar-gambar yang dipaparkan
2.    Murid memberikan jawapan berdasarkan gambar
3.    Guru menerangkan mengenai perbuatan baik yang boleh dilakukan untuk menolong keluarga



BBM : slaid gambar

Teknik :
Soal jawab,
Penerangan

Rujuk Lampiran

Langkah 2
(15 minit)
Apakah cara-cara yang lain untuk saya membantu keluarga?

Contoh :
Cuci pinggan
Cuci kereta
Menyapu sampah
Lap tingkap
Kemas katil
Susun kasut
Siram pokok bunga
Lipat kain

1.    Guru merangsang pemikiran murid tentang cara-cara lain yang boleh dilakukan untuk membantu keluarga

2.    Guru memilih nama murid dan meminta murid tersebut nyatakan satu cara membantu keluarga

3.    Guru menulis cara-cara yang telah dinyatakan pada kertas dan murid menampal kertas tersebut pada carta pokok
Cuci
 pinggan
 





4.    Murid mencatat semula cara-cara untuk membantu keluarga dalam buku latihan dengan mengaplikasikan peta i-Think.
BBM : carta pokok

KBT :
Kemahiran berfikir

Rujuk Lampiran

Langkah 3
PERMAINAN
(10 minit)
Menjalankan aktiviti permainan.
: “Puzzle baik hati”
Guru menjalankan aktiviti permainan dengan murid.

SILA RUJUK LAMPIRAN PERMAINAN
BBM : puzzle baik hati
Langkah 3
(10 minit)
Murid menyedari perasaan ahli keluarga yang memerlukan bantuan dan membuat tindakan yang tepat dalam membantu keluarga


1.    Guru mengedarkan lembaran kerja tentang tindakan yang wajar dan tidak wajar dibuat oleh murid

2.    Murid membuat pilihan jawapan mereka sendiri

3.    Guru membuat banding beza dan membincangkan jawapan yang telah diberikan oleh murid berdasarkan pilihan jawapan mereka

4.    Murid mewarnai gambar tindakan yang betul pada lembaran kerja yang telah diedarkan oleh guru
BBM : lembaran kerja

Nilai : tolong-menolong

KBT : kemahiran berfikir (menyelesaikan masalah)

EMK : mewarna

Rujuk Lampiran

Penutup
(5 minit)
Merumus bersama murid berkenaan konsep baik hati dalam membantu keluarga.

1.    Murid menyatakan kesimpulan terhadap pembelajaran iaitu apa yang boleh dilakukan bagi membantu keluarga
Nilai : baik hati

Teknik : membuat kesimpulan, perbincangan

KBT :
Kemahiran berfikir

Catatan guru : _____________________________________________________________
Refleksi : __________________________________________________________________________________________________________________________________________________




LAMPIRAN PERMAINAN

·         Nama permainan : Puzzle baik hati
·         Objektif permainan : Murid dapat membezakan antara nilai baik hati dan bukan nilai baik hati
·         Hasil pembelajaran melalui permainan. Selepas bermain murid dapat :
1.    Membezakan nilai yang baik dan nilai bukan baik
2.    Bertindak dan membuat keputusan dengan pantas dan tepat
·         Langkah :
Langkah permainan puzzle baik hati
1.    Murid dibahagikan kepada lima kumpulan.
2.    Meja hendaklah disusun supaya murid dapat bergerak dengan mudah serta dapat mengelakkan kemalangan di dalam kelas.
3.    Sebelum menerangkan mengenai permainan, guru hendaklah menekankan aspek keselamatan sewaktu permainan sedang berlangsung.
4.    Guru sediakan 10 bekas yang berisi kepingan puzzle yang berbeza di hadapan kelas.
5.    Hanya terdapat 5 bekas  yang mempunyai puzzle perlakuan baik hati di dalamnya.
6.    Seorang wakil dari setiap kumpulan hendaklah mengambil satu bekas puzzle di hadapan kelas sebaik sahaja guru menyebut perkataan “MULA”.
7.    Setiap wakil kumpulan hendaklah memilih dengan tepat untuk mendapatkan puzzle yang betul.
8.     Kumpulan yang tidak berjaya mendapatkan bekas yang betul boleh pergi semula ke hadapan kelas bagi  mendapatkan bekas yang lain pula.
9.    Setiap kumpulan membuka bekas yang diambil dan menyusun puzzle di dalam nya dengan bekerjasama antara ahli kumpulan.
10.  Setiap kumpulan dikehendaki menyusun puzzle dengan betul dan menyatakan nilai baik hati yang ada pada gambar puzzle.
11.  Kumpulan yang berjaya mencantumkan puzzle baik hati yang paling pantas serta dapat menyatakan nilai baik hati pada puzzle dengan betul akan menjadi pemenang.

REFLEKSI

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah dan kurnia Nya dapat saya menyiapkan tugasan ini walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran kesibukan timbunan tugasan-tugasan yang lain. Pembikinan kerja kursus ini telah banyak mengajar saya agar sentiasa menjadi guru yang prihatin mengenai keperluan dalam mendidik murid terutamanya dalam menitikberatkan unsur Kemahiran berfikir aras tinggi sewaktu melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sepanjang melaksanakan tugasan, pelbagai pengalaman baharu telah saya peroleh. Dan antaranya adalah mengenai KBAT yang baharu diperkenalkan pada tahun lepas dalam sistem Pendidikan Negara.
Transformasi kurikulum pendidikan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 memberi penekanan kepada konsep KBAT yang berupaya melahirkan generasi mempunyai pemikiran kritikal dan kreatif. Untuk pengetahuan anda, KBAT membawa makna keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.
Secara umumnya, mengikut taksonomi Bloom, KBAT merujuk kepada empat aras teratas kemahiran berfikir iaitu mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta manakala aras paling bawah iaitu memahami dan menghafal. Kemahiran berfikir antara enam ciri utama murid yang menjadi aspirasi kementerian untuk mereka berupaya bersaing pada peringkat global. Justeru itu, kurikulum yang digubal menerusi PPPM berhubung KBAT ialah inisiatif supaya murid tidak lagi hanya menghafal untuk menghadapi peperiksaan, tetapi sebaliknya menjalani proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam kelas dan mengaplikasikannya di dalam kehidupan seharian.
Oleh itu, dalam pemerhatian saya, sewaktu proses PdP, khususnya dalam Pendidikan Moral, guru bertindak untuk memberi situasi kepada murid manakala murid sendiri diperlukan untuk berfikir dan membuat keputusan dalam tindakan mereka. Di sini dapat kita lihat bahawa kemahiran berfikir akan dapat dipertingkatkan selain murid faham akan kesan dan akibat melakukan sesuatu tindakan dan berani untuk bertanggungjawab atas keputusan yang telah dibuat.
Jika ingin dikaitkan dengan Pendidikan Moral, secara kasarnya, pendidikan moral dapat dibahagi kepada beberapa aspek iaitu, pertama mengapa pendidikan moral ditekankan, kedua pelajar belajar bagaimana untuk berfikir dan menyelesaikan masalah, dan yang terakhir ialah pelajar telah diberi peluang serta diterapkan nilai keyakinan terhadap tingkah laku moral, supaya pelajar mempunyai rasa bertanggungjawab terhadap moral. Secara amnya, pengajian falsafah tentang moral telah memberikan kita sebab dan pengertian tentang andaian dan idea mengenai tindakan yang dianggap baik dan patut dilakukan oleh seseorang individu dalam hidupnya serta dalam hubungan antara individu. Sehubungan dengan itu, dapat kita lihat bahawa penggunaan KBAT dalam Pendidikan Moral dapat digunakan secara sangat meluas dan mendalam. Semuanya bergantung kepada guru itu sendiri untuk mendidik generasi akan datang.
Sepanjang menyiapkan Rancangan Pengajaran Harian saya, saya dapati unsur-unsur ini adalah sangat penting untuk diterapkan dalam diri murid, namun kekangannya, bagi murid Sekolah Rendah, mereka mungkin terlalu muda untuk diterangkan secara langsung mengenai konsep berbuat baik, atau impak dan tanggungjawab dalam melakukan sesuatu perkara. Justeru itu, sewaktu menghasilkan RPH saya perlu berfikir seperti kanak-kanak dan memudahkan proses supaya mereka lebih cepat faham akan apa yang ingin dipelajari pada hari tersebut. sebagai contoh, dalam perlaksanaan permainan, murid secara tidak langsung akan dapat mempelajari beberapa nilai baik, sebab dan akibat serta tanggungjawab yang harus dipikul sewaktu membuat pilihan. Nilai-nilai yang lain termasuklah seperti kerjasama antara ahli kumpulan, nilai introvert dan ekstrovert dalam diri serta cara bertoleransi antara pasukan mahupun individu yang berada di sekeliling.
Selain itu, bagi menerapkan KBAT dalam kalangan murid, maka peranan guru sangat signifikan. Usaha ke arah itu perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh. Sepanjang menjalani latihan perguruan, guru-guru pelatih telah diajar dan didedahkan mengenai penerapan KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di sekolah. Seperti yang disarankan, pendekatan pengajaran dan pembelajaran KBAT yang efektif merangkumi pelbagai alat berfikir dan memerlukan penyoalan beraras tinggi. KBAT di dalam bilik darjah boleh diperkukuhkan lagi melalui penggunaan peta minda iaitu i-Think. I-Think mampu untuk mempertingkat dan membudayakan kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran ke arah menghasilkan murid berfikiran kreatif dan kritis.
Di samping itu, penerapan KBAT dalam PRH yang telah dirangka juga turut dapat dikaitkan dengan penggunaan Teori Konstruktivisme. Ini kerana dalam proses pembelajaran murid di dalam kelas, guru haruslah menerapkan kepada murid pengalaman baharu yang mampu dibawa dan diaplikasikan ke dalam bentuk pengalaman sebenar murid dan kegunaan sehari-hari. Teori konstruktivisme ialah teori pembelajaran yang melihat murid sebagai pembina pengetahuan dan bukannya sebagai penerima pengetahuan. Dengan kata lain, teori ini menggalakkan perkembangan kemahiran berfikir aras tinggi murid untuk berfikir dan meneroka idea-idea baharu.
“Perkembangan konsep kanak-kanak adalah berkembang secara sistematis, logikal serta rasional bentuan dan bimbingan orang lain. Dalam konteks inilah individu berkongsi dan saling membina pengetahuan baru.”
(Lev Vygotsky,1934)
Pembelajaran konstruktivisme adalah berpusatkan kepada murid di mana ini adalah baik bagi menentukan bahawa murid itu mengalami sendiri dan mengaplikasi pengetahuan dan belajar melalui interaksi dengan orang lain. Ini membolehkan perkembangan individu dalam diri murid lebih cepat dan berkesan.
Di samping itu dalam menerapkan elemen KBAT dalam PdP, guru haruslah menggunakan teknik iaitu mengajar murid dengan menggunakan strategi berbentuk latihan yang dilakukan secara berulang-ulang supaya murid dapat memnguasai kemahiran tersebut. Justeru, perkembangan kemahiran murid dapat diasah melalui latihan yang berulang-ulang. Aktiviti yang berulang adalah baik jika dilaksanakan sebagai latihan, namun, aktiviti yang sama akan menimbulkan kesan yang negatif kerana murid mulai bosan. Dalam aspek ini, guru perlulah menjadi kreatif dan inovatif dalam merangka sesuatu aktiviti yang melibatkan kemahiran yang sama dalam hasil pembelajaran namun memperkaya aktiviti dengan lebih menarik dan interakif. Ini menunjukkan bahawa dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang KBAT, guru juga seharusnya terlebih dahulu menguasai kemahiran KBAT itu sendiri.
Tuntutan kehidupan yang lebih kompleks dalam abad ke-21 memerlukan kita mempunyai pemikiran yang kritis, kreatif dan inovatif kerana kebanyakan keperluan harian telah diautomasikan yang membuatkan kita kurang berfikir dan kreatif. Tambahan lagi akses kepada internet telah membuat kita hidup tanpa sempadan di mana maklumat dapat dicapai pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Pelbagai cabaran dan rintangan tentunya akan hadir dan dapat diutarakan dalam menghasilkan keputusan sesuatu yang baik dan berkualiti. Terpulanglah kepada kredibiliti dan intergriti yang ada pada seorang guru itu sendiri dalam membuat kuputusan dan menyelesaikan masalah. Oleh itu, kita perlu bijak menyelesaikan masalah dan mampu untuk membuat keputusan yang tepat. Kesemua ini memerlukan kita mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).




RUJUKAN


BUKU

Abdul Rahman Md Aroff (1999) Pendidikan Moral teori etika dan amalan moral, Serdang : penerbitan UPM

Abdul Rahman Md. Aroff & Chang, L. H. (1994) Pendidikan Moral, Petaling Jaya : Longman Malaysia Sdn Bhd.

Adenan Ayob, Khairuddin Mohamad (2012) Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu, Kuala Lumpur : Oxford Fajar Sdn Bhd

Afifah Salwani Jusoh, Marina Majid, Mohd Fuad Sam, Mohd Zain Kosnon (2013) Murid dan Alam belajar, Selangor , penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

Kementerian Pelajaran Malaysia(2010), Modul Pendidikan Moral KPLI SR, IPGKPM Cyberjaya.

Koo, K.P & Tang, C. Y. (1990) Pendidikan Moral, Kuala Lumpur, Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Mok Soon Sang (2009) Psikologi Pendidikan Untuk Pengajaran & Pembelajaran, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd

INTERNET

Noor Aini Mohd Yusoff ( 23 Ogos 2010) Model Behaviorial : model pemprosesan maklumat, dirujuk di laman sesawang http://darapingitan010.blogspot.com/


Pusat perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia, http://www.moe.gov.my/bpk/bsk/bpanduan/masteri.pdf


Syazaaffar (12 Ogos 2010) Pengajaran Langsung dirujuk di laman sesawang http://syazaffar.blogspot.com/2010/08/pengajaran-langsung.html.


3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN RPH INI. DENGAN BANTUAN RPH INI SAYA DAPAT MELENGKAPKAN KERJA KHUSUS SAYA DENGAN BAIK..

    ReplyDelete
  3. TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIANNYA...

    ReplyDelete