Saturday, 24 January 2015

RPH DSV TAHUN 1 KOLAJ

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUALTAHUN 1

Mata pelajaran                      : Dunia Seni Visual     
Tarikh                                    : 9 September 2014
Masa                                      : 9.00-10.00 pagi (60 minit)
Tahun                                    : 1 Amanah
Bilangan murid                    : 30 orang
Bidang                                   : Menggambar
Aktiviti                                   : Kolaj
Tema                                     : Alam semula jadi
Tajuk                                     : Buah-buahan
Alat                                        : Pembaris
Bahan                                    :  Gam, kertas lukisan (tamplet sedia ada) dan kertas warna
Bahan Bantu Mengajar       :  kotak undian, kolaj yang telah siap, buah-buahan           
EMK                                       : Kreativiti dan inovatif, keusahawanan

STANDARD KANDUNGAN :
1.    Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual seperti rupa, warna, dan harmoni yang dalam penghasilan kolaj.
2.    Aplikasi pengetahuan, kefahaman, dan kemahiran bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam membuat kolaj.
3.    Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam membuat kolaj.
4.    Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya.
STANDARD PEMBELAJARAN
1.1 Persepsi estetik
Murid dapat mengenal, menamakan dan memahami bahasa seni visual yang terdapat pada karya seni
1.1.1 Unsur seni
                        1.1.1.1 Rupa – organik dan geometri
                        1.1.1.2 Warna – bebas
1.1.2 Prinsip rekaan  
                        1.1.2.1 Harmoni – rupa, bentuk dan warna
1.2 Aplikasi Seni
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni
1.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
                        1.2.1.1 Alat – pembaris
                        1.2.1.2 Bahan – kertas lukisan, gam, dan kertas warna
1.2.2 Mengetahui penggunaan media, teknik dan proses dalam penghasilan karya
                        1.2.2.1 Teknik – kolaj (kering atas kering)
1.3 Ekspresi Kreatif
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman, dan kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni.
            1.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif
            1.3.2 Menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam penghasilan karya
1.4 Apresiasi Seni
Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.
            1.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan
            1.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan
            1.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan




Objektif :
Pada akhir pembelajaran, murid dapat :
1.    Menyatakan definisi kolaj.
2.    Boleh menggunting dan menampal kertas warna dengan kreatif, selamat dan kemas.
3.    Menghasilkan kolaj mengikut prosedur dengan bimbingan guru secara kreatif.
4.    Membuat apresiasi mudah terhadap karya kolaj sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.

KOMPONEN
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PDP / ILLUSTRASI
CATATAN

Set induksi
(5 minit)
·         Guru membawa sebuah kotak yang berisi kepingan puzzle buah-buahan


1.    Guru mengedarkan sebuah kotak yang mengandungi kepingan gambar puzzle. Pada kertas itu, terdapat pecahan gambar buah-buahan.

2.    Setiap murid diberikan satu keping pecahan puzzle.
3.    Cantuman puzzle membentuk gambar buah-buahan dan murid perlu mencantum kepingan tersebut untuk menentukan kumpulan mereka.
4.    Murid berkumpul mengikut kumpulan buah-buahan mereka.
5.    Guru menyatakan tajuk pelajaran pada hari ini iaitu kolaj.
BBM :
Kotak kepingan puzzle buah-buahan

Langkah 1: PERSEPSI ESTETIK
(10 minit)

·         Guru membawa buah-buahan maujud dan memberikannya mengikut kumpulan yang telah ditentukan.
Contoh : oren, mangga, pisang, epal, dan tembikai.
·         Guru memperkenalkan sifat asas seni reka yang ada pada buah-buahan.

·         Guru memperkenalkan konsep kolaj kepada murid.

·         Guru menampal contoh-contoh kolaj di hadapan kelas.

1.    Guru menunjukkan buah-buahan sebenar dan kaitkan dengan pengetahuan sedia ada dan bahasa seni visual murid.
2.    Guru menggunakan papan tulis untuk menyenaraikan asas seni reka dan catatan lain.
3.    Setiap kumpulan dikehendaki menyatakan sifat yang ada pada buah tersebut.
Contoh soalan :
Apakah bentuk buah oren?
Apakah warna yang terdapat pada buah tembikai?
Jawapan : Oren berbentuk bulat, berwarna jingga, dan mempunyai paksi yang simetri. 
4.     Guru mencungkil pengetahuan murid bagi menentukan  membezakan antara rupa, bentuk, dan warna buah-buahan.
5.     Murid diperkenalkan dengan konsep kolaj.
Kolaj bermaksud potong, koyak, gunting, gam, dan tampal sesuatu bahan ke atas sesuatu permukaan.
6.     Contoh-contoh kolaj yang telah siap ditampal di hadapan kelas dan ditunjukkan kepada murid.
Contoh-contoh gambar kolaj
BBM :
Contoh-contoh gambar kolaj

Teknik :
-       Soal jawab
-       Sumbang saran

Strategi :
Kemahiran papan tulis
Langkah 2 : APLIKASI SENI
(15 minit)

·         Demonstrasi membuat kolaj.
·         Guru membuat demonstrasi secara kelas terlebih dahulu.
·         Guru akan membuat demonstrasi mengikut kumpulan seterusnya.

1.    Menggunakan peta i-think yang dilukis pada papan tulis, guru menyuruh murid mengeluarkan pengetahuan sedia ada tentang jenis-jenis media yang sesuai dalam membuat kolaj.
Contoh : daun kering
2.    Guru menunjukkan bahan yang akan digunakan untuk membuat kolaj pada hari ini.
3.    Guru menunjukkan demonstrasi membuat kolaj kepada murid di hadapan kelas.
4.    Guru menunjukkan sekali lagi cara menghasilkan kolaj dengan mengikut kumpulan tadi.
5.    Murid memerhatikan guru membuat demonstrasi.
Media :
-       Pembaris
-       Gam
-       Kertas lukisan (templet buah-buahan)
-       Kertas warna

Teknik :
-       Tunjuk cara
-       Demonstrasi
Strategi :
Kemahiran menggunakan papan tulis
Langkah 3: EKSPRESI KREATIF

(20 minit)
·         Murid menghasilkan karya kolaj pada kertas templet yang diedarkan.







·         Langkah 1
Setiap kumpulan diedarkan kertas templet mengikut jenis buah secara kumpulan.
·         Langkah 2
Murid mengambil alat dan bahan mengikut kumpulan.

·         Langkah 3
Murid mengoyakkan kertas warna dalam saiz kecil yang telah diedarkan dengan bantuan guru.
·         Langkah 4
Murid menyusun dan menampal kepingan kertas warna mengikut reka bentuk yang disediakan menggunakan gam.





·         Langkah 5
Guru membimbing murid menjalankan aktiviti dengan memberi penekanan kepada kekemasan hasil kerja.


·         Langkah 6
Murid menambah gambar buah-buahan lain pada kertas lukisan mengikut kreativiti dan kerjasama antara kumpulan masing-masing
Nilai :
-       Kekemasan
-       Bekerjasama
EMK :
-       Kreativiti dan inovatif
-       Pembelajaran berpusatkan murid
KBT :
-       Kecerdasan pelbagai Interpersonal
-       Intrapersonal





Penutup :
APRESIASI SENI
(10 minit)
·         Sesi refleksi dan apresiasi mudah dengan bimbingan guru.
·         Guru menerapkan unsur keusahawanan dengan menggalakkan pelajar menghasilkan karya kolaj yang bermutu.
1.    Murid mempamerkan hasil kerja mengikut kumpulan dan menceritakan sedikit mengenai hasil karya yang telah disiapkan oleh kumpulan.
2.    Murid menghargai karya sendiri dan rakan.
3.    Karya ditampal di hadapan kelas.
4.    Guru memberikan peneguhan dan pujian terhadap karya yang dihasilkan.
5.    Guru memberitahu kepada murid bahawa karya yang dihasilkan secara bermutu dan kemas akan dapat dipasarkan secara komersial dan mampu meningkatkan kadar ekonomi negara.
6.    Guru mengukuhkan  semula tajuk pelajaran yang dipelajari hari ini.



Nilai :
-       Keberanian
KBT :
-       Kecerdasan pelbagai
-       Intrapersonal
-       Verbal linguistik
EMK:
-       keusahawanan


Refleksi guru:

1 comment:

  1. According to Stanford Medical, It is indeed the one and ONLY reason this country's women get to live 10 years more and weigh on average 42 lbs lighter than we do.

    (By the way, it has absolutely NOTHING to do with genetics or some secret exercise and really, EVERYTHING to do with "HOW" they are eating.)

    P.S, What I said is "HOW", and not "what"...

    Click on this link to see if this quick quiz can help you unlock your true weight loss potential

    ReplyDelete