Saturday, 24 January 2015

ANALISIS KESESUAIAN SUSUN ATUR BILIK, ALAT DAN BAHAN SERTA STOR SENI


ANALISIS KESESUAIAN SUSUN ATUR BILIK, ALAT DAN BAHAN SERTA STOR SENI

Antara pra syarat yang paling utama bagi menjamin satu proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah aspek pengurusan bilik darjah. Guru yang baik haruslah tahu mengendalikan dan mampu mengurus bilik darjah dengan baik. Pengurusan bilik darjah yang berkesan melibatkan pelbagai aspek seperti ciri peribadi seorang guru, rutin dan peraturan bilik darjah, iklim bilik darjah dan hubungan antara aspek pengurusan dan pengajaran. Untuk menjadikan bilik darjah lebih kondusif, berkesan dan diurus dengan lebih cekap, guru hendaklah mempunyai sifat-sifat seorang pengurus yang baik seperti tegas, demokratik, pengasih dan prihatin. Selain itu, guru juga harus mengambilkira faktor kelas yang kondusif, sihat dan positif selain merangka proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik.
Gaya kepimpinan guru dalam mengurus bilik darjah akan memberi kesan kepada iklim dan suasana persekitaran bilik darjah. Pengurusan yang berkesan akan membantu dari aspek yang berfokuskan kepada aspek-aspek seperti kemajuan pelajaran, interkasi dan penglibatan pelajar yang aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk memastikan segala objektif dan hasil pembelajaran tercapai, seorang guru haruslah mengetahui dan memahami prinsip pengurusan bilik darjah selain sikap guru, rutin dan peraturan, iklim bilik darjah dan aspek pengurusan yang mengutamakan pengajaran dan pembelajaran.
Sistem sosial merupakan sesuatu sistem interaksi dan aktiviti manusia dalam masyarakat. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam bilik darjah bergantung kepada interaksi dan aktiviti di antara guru dengan pelajar-pelajarnya. Sehubungan ini, bilik darjah merupakan satu sistem sosial yang mana interaksi berlaku melalui aktiviti-aktiviti yang dirancangkan dan berlandaskan sesuatu strategi pengajaran dan pembelajaran.


Ciri-ciri iklim bilik darjah yang kondusif
Iklim bilik darjah yang baik adalah iklim bilik darjah yang terbuka dan akan menggalakkan pelajar bebas berinteraksi di antara pelajar dengan pelajar; pelajar dengan guru, serta bebas melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti dalam bilik darjah. Guru pula gembira bekerja dalam keadaan yang mesra dan sempurna. Oleh itu, kami memilih untuk menggunakan cat hijau bagi mewujudkan suasana damai di dalam kelas. Kelas yang diubahsuai mempunyai saiz yang kecil. Iklim bilik darjah yang terbuka seperti ini merupakan iklim bilik darjah yang kondusif, dan iklim positif ini akan dapat membantu sekolah mencapai aspirasinya, seperti membentuk pelajar dengan sikap dedikasi, berinisiatif, rela bekerjasama, ramah dan mesra, spontan dan kreatif, serta lebih tinggi motivasinya.
Pada bahagian belakang bilik darjah, terdapat tiga papan buletin untuk tujuan mempamerkan hasil karya murid yang telah siap selain untuk sudut bacaan bagi nota-nota mengenai 4 bidang dalam seni visual. Susunan meja dijadikan dalam bentuk U supaya murid senang melihat guru dan mudah memberikan tumpuan di dalam kelas. Kelas yang bersaiz kecil tidak patut dipadatkan lagi dengan akatan yang besar seperti rak menyimpan barang kerana ini akan menjadikan kelas kecil dan tidak selesa. Kami mengambil inisiatif lain dengan meletakkan rak buku kecil sebagai tempat penyimpanan alat dan bahan yang kan digunakan kelak.
 Ringkasnya, iklim bilik darjah yang dikatakan kondusif adalah sebuah bilik darjah yang dikelolakan dengan baik, yang elok dipandang dan yang teratur susunannya. Keadaan ini akan memberi kesan cita rasa, semangat, kesejahteraan, dan bahagia kepada pelajar-pelajar yang menggunakannya untuk menjalankan aktiviti pembelajaran mereka. Iklim bilik darjah yang kondusif ini akan meningkatkan keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Lengkap dengan alat dan bahan

Berperanan sebagai ruang mempamerkan karya dan hasilan seni secara profesional

Tempat/ruang aktiviti kerja seni, kraf dan lain-lain

·         Susun atur meja dan zon kerja dengan ruang yang selesa mengikut bilangan murid serta saiz dan kesesuaian kelas.
·         Bilik darjah memerlukan pencahayaan dan ruang penguadaraan yang baik.
·         Kelengkapan alat dan bahan untuk melakukan aktiviti haruslah disediakan dengan lengkap. Peralatan ini juga perlu berada dalam koindisi yang baik dan selamat untuk digunakan.
·         Ruang pameran perlu diwujudkan dalam bilik darjah agar hasil karya murid dapat disimpan dan memudahkan proses apresiasi.
·         Jadual bertugas perlu dirangka supaya murid melakukan tugas masing-masing dalam menjaga kebersihan dan kekemasan bilik darjah.

keperluan dalam bilik seni
 





ANALISIS BILIK DARJAH

            Persekitaran bilik darjah adalah berkait rapat dengan pengurusan fizikal seperti penentuan iklim fizikal, emosi dan penyusunan bilik darjah. Suasana fizikal bilik merupakan rangka yang menetukan kaedah pembelajaran. Ia juga mampu menggalakkan atau menjadi penghalang kepada pembelajaran. Perancanganan dan penyusunan bilik darjah melibatkan organisasi, merancang dan menggunakan perkara-perkara yang berkaitan dengan tempat duduk murid, bahan bantu mengajar, sudut pameran dan perabot-perabot lain. Dari aspek pengurusan iklim fizikal, guru perlu memastikan bahawa bilik darjah sentiasa ditinggalkan dalam keadaan bersih dan teratur. Pada  diwaktu pembelajaran juga, kelas hendaklah bersistematik supaya pengajaran dan pembelajaran berlaku tanpa ada halangan. Sudut pembelajaran seperti sudut pameran karya dan sudut ilmu di papan kenyataan,hendaklah diwujudkan bagi meransang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dinamik. Selain itu penyusunan tempat duduk murid bergantung kepada kesesuaian umur, aktiviti dan saiz kelas. Bagi kelas yang kecil, sesuai dijadikan dalam bentuk U supaya murid senang  untuk menjadikan guru sebagai objek utama dalam titik fokus.kelas yang bersaiz besar pula selalunya disusun dalam bentuk kuliah atau auditorium untuk mememuatkan bilangan pelajar yang ramai. Kelemahan bagi susunan ini adalah murid tidak dapat memberikan tumpuan yang sepenuhnya kepada guru sewaktu mengajar kerana terdapat banyak ganguan selain pandangan terbatas. Meja guru biasanya terletak di hadapan kelas, keadaan ini menggambarkan guru sebagai seorang pemerintah yang bertindak menguasai semua muridnya. Menurut susunan sebegini, murid dapat melihat guru dengan jelas. Penggunaan warna cat dinding kelas juga menimbulkan mood kepada murid untuk belajar. Dari aspek pengurusan bagi mewujudkan iklim sosial, guru hendaklah merancang pergerakan pelajar, tingkahlaku pelajar di dalam kelas semasa guru mengajar, mewujudkan kumpulan perbincangan, bertanyakan soalan, berbudi bahasa, mengadakan prosedur dalam peminjaman dan pemulangan peralatan pembelajaran. Dari aspek pengurusan bagi mewujudkan iklim emosi pula, guru perlu memiliki kemahiran komunikasi dan kelucuan penuh dengan budi bahasa untuk mewujudkan kemesraan dan empati di samping mengendurkan perasaan takut dan suasana tegang di kalangan pelajar. Ganjaran dan pujian merupakan salah satu cara yang dapat memotivasikan pelajar. Ringkasnya, iklim bilik darjah yang dikatakan kondusif adalah sebuah bilik darjah yang dikelolakan dengan baik, yang elok dipandang dan yang teratur susunannya. Keadaan ini akan memberikan semangaty, kesejahteraan dan keceriaan kepada pelajar yang menggunakannya untuk menjalani aktiviti pembelajaran mereka.

No comments:

Post a Comment