RANCANGAN
PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN 4
Mata pelajaran : Dunia Seni Visual
Tarikh : 9 September 2014
Masa : 9.00-10.00 pagi (60 minit)
Tahun : 4 Amanah
Bilangan murid : 30 orang
Bidang : Mengenal Kraf Tradisional
Aktiviti : Membuat tembikar
Tema :
Alam semula jadi
Alat :
pencungkil gigi atau batang aiskrim
Bahan : plastisin yang berlainan warna, plastik
Bahan Bantu Mengajar : contoh tembikar sebenar, carta langkah
EMK : Keusahawanan, Kreativiti dan inovasi, TMK
(slaid)
Pengalaman sedia ada : Murid mengetahui apa itu tembikar
Penerapan nilai : Menghargai dan
memahami kraf tradisional sebagai warisan bangsa.
STANDARD
KANDUNGAN
1.
Membuat
persepsi dan menggunakan bahasa seni visual yang ada pada tembikar.
2.
Mengaplikasikan
bahasa seni visual dan media dalam penghasilan tembikar.
3.
Penzahiran
idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam penghasilan tembikar.
4.
Apresiasi
terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni
dan budaya.
STANDARD PEMBELAJARAN
4.1
Persepsi estetik
Murid dapat mengenal, memahami dan
menyatakan bahasa seni visual yang ada pada tembikar
4.1.1 Unsur seni
4.1.1.1
Bentuk – konkrit
4.1.1.2
Jalinan – sentuh dan tampak
4.1.1.3
Warna – primer atau sekunder atau tertier atau neutral
4.1.2 Prinsip Rekaan
4.1.2.1
Imbangan – simetri atau tidak simetri
4.2
Aplikasi Seni
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan
bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan tembikar.
4.2.1 Mengenal dan menyatakan
jenis-jenis media
4.2.1.1
Alat – tiada
4.2.1.2
Bahan – plastisin yang berlainan warna, plastik
4.2.2 mengetahui penggunaan
bahan serta proses dan teknik dalam penghasilan karya
4.2.2.1
Teknik – lingkaran dan picitan
4.3
Ekspresi Kreatif
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan
dan kefahaman bahasa seni visual, media serta proses dan teknik penghasilan
tembikar secara kreatif.
4.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan
secara kreatif
4.3.2 Menggunakan bahasa seni visual
dalam penghasilan karya
4.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik
yang sesuai dalam penghasilan tembikar
4.4
Apresiasi Seni
Murid dapat membuat apresiasi terhadap
karya sendiri dengan rakan dan menumpukan pada aspek bahasa seni visual.
4.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan
4.4.2 Memperkenalkan tokoh-tokoh seni
tembikar tempatan
4.4.3 Menghargai dan menceritakan karya
sendiri dan rakan secara lisan
Objektif
: Pada akhir
pembelajaran, murid dapat;
1.
Menyatakan
definisi tembikar.
2.
Boleh
menggunakan alatan dan bahan bagi menghasilkan karya model tembikar secara
kreatif dan selamat.
3.
Menghasilkan
model tembikar mengikut prosedur dengan bimbingan guru secara kreatif.
4.
Membuat
apresiasi mudah terhadap karya model tembikar sendiri dan rakan berpandukan
bahasa seni visual.
KOMPONEN
|
ISI
PELAJARAN
|
AKTIVITI
PDP / ILLUSTRASI
|
CATATAN
|
Induksi
(5 minit)
|
·
Puzzle
gambar kraf tradisional di Malaysia
-
Tembikar
-
Wau
-
Batik
-
Ukiran
kayu
|
1.
Murid
dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
2.
Guru
mengedarkan kepingan puzzle kepada murid.
3.
Apabila
guru berkata MULA, semua setiap kumpulan harus mencantumkan puzzle dan
menyatakan gambar apa pada puzzle.
Contoh gambar puzzle
4.
Guru mencungkil pengetahuan sedia ada murid
tentang kraf tradisional seperti pada
gambar puzzle.
5.
Guru menyatakan salah satu kraf tradisional
ialah tembikar dan menyatakan isi pembelajaran ialah menghasilkan model
tembikar.
6.
Guru
menunjukkan contoh maujud tembikar kepada murid.
|
BBM :
-
puzzle
gambar
-
bahan
maujud tembikar
Strategi
:
- Permainan
- Berpusatkan murid
|
Langkah 1: PERSEPSI
ESTETIK
( 10 minit)
|
·
Guru memaparkan slaid jenis-jenis tembikar
dan teknik penghasilan tembikar.
·
Jenis
tembikar
-
Labu
sayong
-
Pasu
sarawak
-
Kendi
-
Jambangan
-
Terenang
·
Guru
menguji pengetahuan sedia ada murid mengenai teknik penghasilan tembikar.
·
Teknik penghasilan tembikar
-
Teknik
picit
-
Teknik
lingkaran
-
Kepingan
-
acuan
·
Guru
bersoal jawab dengan murid berdasarkan slaid yang ditunjukkan
|
1.
2.
Murid
menjawab soalan mudah yang disoal oleh guru
Contoh soalan:
·
Apakah
bahan untuk menghasilkan tembikar?
Tanah liat
dan air
·
Apakah
kegunaan tembikar yang kamu tahu?
Hiasan, bekas
menyimpan air
·
Apakah
unsur seni yang terdapat pada tembikar? (guru menunjukkan pelbagai contoh
gambar tembikar yang berbeza)
Jalinan
sentuh, imbangan, bentuk
·
Negeri
mana yang banyak aktif dalam penghasilan tembikar?
Sayong, Perak
·
Apakah teknik membuat tembikar yang kamu
tahu?
Picitan, lingkaran, kepingan, acuan
·
Siapa pernah ada pengalaman menghasilkan
tembikar?
3.
Pembakaran labu sayong secara tradisional
(salai)
Pembakaran secara pulau tiga
|
BBM
:
-
slaid
mengenai jenis-jenis tembikar
-
video
cara penghasilan tembikar
Strategi
:
-
Kemahiran
menggunakan papan tulis
Teknik
:
-
Soal
jawab
-
Sumbang
saran
EMK
:
-
TMK
|
Langkah 2 : APLIKASI
SENI
(15 minit)
|
·
Guru
menunjukkan demonstrasi/cara menghasilkan tembikar daripada plastisin.
·
Guru
mengaitkan plastisin dan tanah liat
|
·
Guru menunjukkan alat dan bahan kepada murid.
·
Guru menyoal murid mengenai tanah liat yang
digantikan dengan plastisin.
Contoh
jawapan : boleh dibentuk, ada sifat yang sama.
·
Guru menampal carta langkah menghasilkan model
tembikar pada hadapan kelas. Murid membaca langkah secara beramai-ramai.
·
Guru membuat demonstrasi menghasilkan model
tembikar.
·
Murid memerhati dan meneliti cara guru
menghasilkan tembikar menggunakan bahan yang disediakan.
|
KBT :
-
Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi
Bahan:
-
plastisin
yang berlainan warna
-
plastik
BBM :
-
carta
langkah
Teknik
:
-
Demonstrasi
-
Tunjuk
cara
|
Langkah 3: EKSPRESI
KREATIF
(20 minit)
|
·
Murid
menghasilkan karya tembikar masing-masing
|
1. Murid menjalankan aktiviti
membuat tembikar dengan kreativiti sendiri berdasarkan langkah-langkah yang
telah ditunjukkan oleh guru.
Langkah 1:
·
Sediakan alat dan bahan di atas meja. Lapik meja
dengan plastik supaya meja tidak kotor.
Langkah 2:
·
Uli
plastisin dan jadikan plastisin bentuk bulat sebagai tapak tembikar.
Langkah 3:
·
Uli plastisin secara memanjang dengan menggunakan
warna yang berlainan.
Langkah
4 :
·
Gulung plastisin yang panjang tadi pada tapak
tembikar.
Langkah
5 :
·
Ulang langkah yang sama dengan mempelbagaikan saiz
gulungan bagi membentuk tembikar.
Langkah 6 :
·
Buat kemasan pada tembikar.
2.
Murid
membuat kemasan pada tembikar masing-masing.
3.
Guru sebagai pembimbing atau fasilitator.
|
KBT :
-
kecerdasan
pelbagai
-
Interpersonal
-
Intrapersonal
Bahan:
-
plastisin
yang berlainan warna
-
plastik
strategi :
-
Berpusatkan
murid dan bahan
|
APRESIASI
SENI
(10 minit)
|
·
Sesi
refleksi dan apresiasi mudah murid dengan bimbingan guru
·
Guru
memberi peneguhan dan pujian terhadap karya murid
|
1.
Murid
mempamerkan hasil kerja.
2.
Murid
memberi pendapat tentang karya sendiri dan rakan berdasarkan bahasa seni
visual dengan bimbingan guru
3.
Guru
mengaitkan karya yang dihasilkan mempunyai nilai komersial dan boleh dijual.
4.
Guru
mengukuhkan semula tajuk pelajaran
yang dipelajari hari ini.
|
KBT :
-
Kecerdasan
pelbagai
-
Verbal
linguistik
Nilai :
-
Menghargai
-
Keberanian
-
Keyakinan
diri
EMK :
Keusahawanan
|
Refleksi
guru:
No comments:
Post a Comment