Saturday, 24 January 2015

LITERASI BAHASA

PENGENALAN
Bahasa Melayu merupakan bahasa ruji yang digunakan di Malaysia. Ia digunakan secara meluas iaitu dengan meliputi interaksi yang berlaku dalam kehidupan seharian kita. Penggunaan utama Bahasa Melayu terkandung dalam peningkatan taraf fikiran sebagai tahap berfikir yang tinggi, sebagai medium komunikasi serta wadah untuk menyatakan fikiran dan perasaan.
Penggunaan Bahasa melayu dan kaedah penyampaian serta pengajarannya haruslah dilaksanakan dengan betul dan berkesan bagi meninggalkan kesan yang mendalam kepada murid. Penguasaan bahasa akan diperoleh melalui pelbagai pengalaman pembelajaran yang melibatkan murid secara aktif dalam aktiviti yang menghiburkan (didik hibur). Contohnya seperti nyanyian, lakonan, berpidato, simulasi pertunjukan boneka dan permainan bahasa.
            Program Saringan Literasi dan Numerasi (Literacy and Numeracy Screening :LINUS) telah direka khas bagi memastikan semua murid berkeupayaan untuk menguasai asas kemahiran literasi dan numerasi selepas 3 tahun mengikuti program ini. Terdapat 5 konsep dalam modul pengajaran literasi iaitu :
1.    Konsep ansur maju
2.    Konsep penggabungjalinan
3.    Konsep pengulangan
4.    Konsep didik hibur
5.    Konsep literasi bersepadu
Murid dapat belajar dengan baik melalui pengalaman mereka secara lansung dengan dunia sebenar. Kanak-kanak akan memahami apa yang diajari dengan berdasarkan kepada adaptasi pengalaman yang sedia ada. Konsep permainan boleh dijelaskan sebagai tingkah laku dinamik, aktif dan konstruktif yang telah sebati dalam diri murid-murid.



Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Modul Literasi : Asas 1
Masa : 60 minit
Tema : Keretaku
Kemahiran literasi ( UNIT 9 ) Membaca dan memahami rangkai kata dan ayat,  
Membina dan menulis rangkai kata dan ayat
9.0 Membina dan menulis ayat tunggal
Objektif : 1. Murid dapat menyebut semula perkataan yang terdapat dalam lirik lagu.
2. Murid dapat mengeja dan menulis perkataan berdasarkan ransangan yang diberi.
3. Murid dapat menyusun perkataan menjadi ayat yang betul.
4. Murid dapat menyalin ayat tunggal yang ringkas dengan betul.
BBM : permainan bahasa, lirik lagu, lembaran kerja, kad perkataan, kad gambar
LANGKAH PENGAJARAN
Langkah / Masa
Aktiviti
Media Pengajaran
SET INDUKSI
(5 minit)
1.      Guru memaparkan video di slaid powerpoint.
Bapaku pulang
Bapaku pulang dari kota
Bapaku belikan kereta
Kereta kecil warna merah
Bolehku bawa ke sekolah
Pon, pon, pon, pon, pon, pon, pon, pon, pon
Kereta kecilku berbunyi
Marilah adik mari naik
Bolehku bawa jumpa nenek

2.    Bimbing murid membaca lirik lagu yang dipaparkan sambil melakukan pergerakan.
3.    Murid menyanyi lagu ‘bapaku pulang’ dengan berpandukan lirik lagu pada video dengan melakukan pergerakan.
Video ‘Bapaku pulang’
Langkah 1
(10 minit)
1.    Bersoal jawab dengan murid menegnai lagu berkaitan dengan tajuk.
2.    Menunjukkan kad gambar.
3.    Murid diminta untuk menulis perkataan berdasarkan kad gambar yang ditunjukkan.
4.    Membimbing murid mengeja, menulis dan membaca perkataan.
5.    Murid mengeja dan membaca secara kuat dengan panduan guru.
Kad gambar
Langkah 2
(5 minit)
1.    Aktiviti ‘jangan lupa lirik’
2.    Murid diberikan lirik lagu yang sama dengn tadi.
3.    Murid dikehendaki melengkapkan lirik lagu dengan berpandukan klu yang diberi. 
Lembaran kerja
Langkah 3
(10 minit)
1.    Empat orang murid diberi kad perkataan berdasarkan ayat yang telah diajar.
2.    Murid diminta untuk menyusun semula kad yang telah diberikan.
3.    Murid diminta berdiri di hadapan kelas sambil memegang kad perkataan dengan susunan yang betul.
4.    Murid-murid membaca perkataan tersebut dengan jelas.
5.    Murid menulis ayat yang betul di dalam buku latihan.
Kad perkataan
Langkah 4
(10 minit)
1.    Lima orang murid diberi kad perkataan berdasarkan ayat yang telah diajar.
2.    Murid diminta untuk menyusun semula kad yang telah diberikan.
3.    Murid diminta berdiri di hadapan kelas sambil memegang kad perkataan dengan susunan yang betul.
4.    Murid-murid membaca perkataan tersebut dengan jelas.
5.    Murid menulis ayat yang betul di dalam buku latihan.
Kad perkataan
Langkah 5
(10 minit)
1.    Enam orang murid diberi kad perkataan berdasarkan ayat yang telah diajar.
2.    Murid diminta untuk menyusun semula kad yang telah diberikan.
3.    Murid diminta berdiri di hadapan kelas sambil memegang kad perkataan dengan susunan yang betul.
4.    Murid-murid membaca perkataan tersebut dengan jelas.
5.    Murid menulis ayat yang betul di dalam buku latihan.
Kad perkataan
Langkah 6
PENUTUP
(10 minit)
Permainan ‘cari jalan pulang’
1.    Permainan ini dimainkan secara pertandingan antara dua kumpulan.
2.    Ayat tunggal telah diberi.
3.    Murid perlu memadankan dua gambar yang menunujukkan kesinambungan yang betul dengan ayat yang telah diberi.
4.    Murid dikehendaki menyalin semula ayat yang telah diberi tadi pada akhir sesi pembelajaran.
Permainan bahasa











ANALISIS TEKNIK
Konsep Permainan Bahasa
-       Suatu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) akan menjadi lebih berkesan sekiranya murid-murid dapat mencapai objektif yang ditetapkan di samping menjalani suasana pembelajaran yang menarik. Kaedah-kaedah untuk menambahkan keceriaan sewaktu P&P termasuklah nyanyian, sumbang saran, lakonan, soal jawab dan bermain. Permainan bahasa adalah berkonsepkan kepada belajar sambil bermain yang ternyata dapat membantu meningkatkan keterlibatan dan kefahaman murid sewaktu proses P&P berlansung. Terdapat pelbagai jenis permainan bahasa yang dapat dirangka oleh guru mengikut kesesuaian objektif mata pelajaran di samping menguji murid pada tahap yang sesuai berdasarkan aras kefahaman murid.
-       Sebelum guru melaksanakan atau merangka permainan bahasa, guru perlu tahu tahap pemikiran dan kefahaman yang sesuai mengikut murid yang diajar justeru permainan bahasa yang dirangka dapat mencapai objektif. Jika permainan bahasa dirangka pada aras yang terlalu tinggi, murid akan menjadi bosan dan tidak mahu memberi perhatian, begitu juga sebaliknya. Permainan bahasa juga sesuai untuk dijalankan pada waktu akhir pembelajaran supaya murid dapat mengetahui terlebih dahulu mengenai perkataan-perkataan atau pengetahuan baharu yang telah diajar. Permainan bahasa dapat dianggap sebagai aktiviti pengukuhan untuk menguji kefahaman murid dan sebagai pengayaan bagi mempelbagaikan aktiviti dalam penggunaan ilmu yang baharu diajar kepada murid.

Langkah pelaksanaan permainan bahasa
 







Contoh permainan bahasa
Pemilihan tajuk adalah berdasarkan kepada LINUS Asas 1 Unit 9
Tajuk : “cari jalan pulang”
Objektif : membantu murid membaca dan membina ayat tunggal dengan cantuman gambar.
BBM : Carta permainan besar (rujuk lampiran)





Cara Pelaksanaan :
1.    Permainan  bahasa digunakan sewaktu akhir sesi pembelajaran.
2.    Permainan ini boleh dimainkan dalam dua kumpulan atau lebih.
3.    Murid-murid dibahagikan mengikut kumpulan masing masing.
4.    Carta permainan ditampal pada dinding di belakang kelas.
5.    Murid-murid diberi ayat tunggal untuk dibaca secara senyap dan berkumpulan.
6.    Murid-murid dikehendaki untuk mencari jalan dengan memadankan gambar yang sesuai untuk membentuk ayat tunggal sama seperti yang telah diberi oleh guru. 
7.    Murid-murid dikehendaki duduk di tempat masing-masing dan menyalin ayat tunggal yang telah terbentuk.
8.    Kumpulan yang menggunakan masa yang paling singkat untuk mencari jalan pulang dan membentuk ayat tunggal yang betul dianggap sebagai pemenang.
JUSTIFIKASI & KEPENTINGAN TEKNIK PENGAJARAN

Pendekatan dalam permainan bahasa diharap dapat membantu murid-murid yang lemah di samping dapat meningkatkan motivasi untuk mendorong murid supaya minat belajar dan meningkatkan pengetahuan dalam suasana yang santai. Pendekatan secara permainan adalah 60% lebih mudah berbanding pendekatan-pendekatan yang lain. Ini kerana dalam proses P&P aktiviti permainan dapat menarik minat dan mengumpul konsentrasi murid. Ini dapat membantu murid agar mengingati perkara yang diajar pada hari tersebut dengan mudah.
 










Selain daripada itu, permainan bahasa adalah suatu komponen yang penting dipercayai dapat meningkatkan kreativiti murid di samping membina persefahaman dan sikap kerjasama dalam kelas. Dengan adanya permainan bahasa yang melibatkan pergerakan berkumpulan, interaksi sosial antara murid dapat digalakkan justeru kemahiran berkomunikasi antara murid dapat diasah dan ditingkatkan.
Di samping itu, permainan bahasa adalah penting dalam membantu memperbaiki dan memperhalusi perkembangan kemahiran murid. Buktinya, dalam permainan bahasa, terdapat penggabungan beberapa kemahiran di dalam suatu permainan. Sebagai contoh, permainan bahasa yang melibatkan kemahiran membaca dan menulis. Melalui aktiviti seperti inilah, murid-murid dapat menguasai beberapa kemahiran secara serentak sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlansung.

Selain itu, permainan bahasa dapat menimbulkan suasana yang hidup sewaktu pengajaran dan pembelajaran berlansung di dalam kelas. Perkembangan-perkembangan murid juga akan berlaku sewaktu aktiviti permainan bahasa. Contohnya seperti perkembangan fizikal yang berlaku apabila murid dapat menguasai kawalan motor halus dan motor kasar melalui bermain. Permainan bahasa dapat membantu dalam pembentukan jati diri, keterampilan diri, pemupukan nilai murni seperti motivasi dan yakin pada diri sendiri. 

No comments:

Post a Comment