Saturday, 24 January 2015

RPH BM TAHUN 2

Tarikh/ Hari : Isnin
Tahun : 2 Alam
Bilangan murid : 25 orang
Tema : Haiwan
Tajuk : Kura-kura dan monyet
STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
1.5 Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
1.5.1 Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul dengan menggunakan ayat majmuk.
3.2  Menulis secara mekanis berdasarkan bahan yang diberi dengan betul dan kemas.
3.2.6 Menulis ayat majmuk dengan betul dan kemas.

Objektif :
i)             Bercerita tentang Kura-Kura dan monyet dengan tepat menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul dengan menggunakan ayat majmuk.
ii)            Menulis sekurang-kurangnya lima ayat majmuk dengan betul dan kemas
Pengisian kurikulum :
                      i.        Ilmu : Sivik dan kewarganegaraan
                    ii.        Nilai : Kerajinan, Kerjasama
                   iii.        Belajar cara belajar : Menjana idea
Sistem bahasa :
i.              Tatabahasa :Ayat majmuk
ii.            Sebutan dan intonasi
Bahan Bantu Mengajar :
Kad perkataan, lagu, permainan bahasa, video, kotak teka gaya, teks petikan
Pengetahuan sedia ada :
Murid telah sedia tahu mengenai kata hubung (dan, sambil tetapi, untuk, lalu)

LANGKAH/
MASA
ISI PELAJARAN
AKTIVITI
CATATAN

Induksi
(5 minit)
Teka gaya
i.      Monyet
ii.     Katak
iii.   Kucing
iv.   Harimau
v.     Burung

1.    Wakil murid dipanggil untuk tampil ke hadapan kelas.
2.    Murid memilih kertas yang ada di dala kotak. Dalam kertas tersebut, terdapat nama haiwan.
3.    Murid tersebut dikehendaki membuat gaya haiwan dan murid lain meneka gaya tersebut.

BBM :
Kotak dan kertas

KB :
Menghubung kait

Langkah 1
(20 minit)
Cerita kura-kura dan monyet
1.    Murid dibahagikan kepada lima kumpulan.
2.    Murid membaca petikan teks secara mekanis di dalam kumpulan.
3.    Seorang wakil dari setiap kumpulan dikehendaki untuk menceritakan semula mengenai petikan monyet dan kura-kura.
4.    Guru menilai sebutan dan intonasi yang betul semasa bercerita.
BBM :
-Petikan monyet dan kura-kura.
-kad bergambar

BCB :
Mendengar dengan aktif
Membaca dengan intonasi yang betul

Nilai :
Rajin, kerjasama

Langkah 2
(15 minit)
Perbincangan mengenai ayat majmuk  dan kata hubung yang digunakan dalam ayat majmuk:
i.              Dan
ii.            Sambil
iii.           Tetapi
iv.           Untuk
v.            Lalu
1.    Guru menerangkan ayat majmuk kepada murid.
2.    Murid menulis lima ayat majmuk.

BBM :
Kad perkataan

BCB :
menjana idea
Langkah 3
(12 minit)
Permainan bahasa
(kebun monyet dan kura-kura) sebagai aktiviti pengayaan kepada murid-murid.

1.    Guru melaksanakan permainan kebun monyet dan kura-kura.
2.    Murid duduk mengikut kumpulan dan menunggu giliran untuk memutar dadu.
3.    Apabila buah dadu menunjukkan angka, murid dikehendaki bergerak mengikut angka pada petak yang disediakan dan membina ayat majmuk.
4.    Pemulihan: guru memberi lembaran kerja kepada murid.
Teknik :
Permainan bahasa

BBM :
Papan permainan
Lembaran kerja

BCB :
Menjana idea
Penutup
(8 minit)

·         Nilai sosial :
murid menyatakan nilai-nilai murni dan berfikir secara kritis terhadap video yang disediakan.
·         Nilai kognitif :
Murid membuat rumusan mengenai perkara yang dipelajari – sebutan dan intonasi.

1.    Guru menayangkan video pendek kepada murid-murid mengenai monyet dan kura-kura.
2.    Murid diminta untuk menyatakan nilai murni dan memberi pendapat mereka.
3.    Murid dibimbing merumuskan perkara yang dipelajari.
BBM :
video

BCB :
menjana idea

Nilai :
Rajin
Baik hati



No comments:

Post a Comment