Saturday, 24 January 2015

RPH DSV THN 2 CETAKAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUALTAHUN 2
Mata Pelajaran                       : Dunia Seni Visual
Tahun                                     : 2 Azam
Tarikh                                     : 12 Ogos 2014
Bilangan Murid                       : 30 Orang
Bidang                                    : Membuat Corak dan Rekaan
Aktiviti                                                : Cetakan
Tema                                      : Alam Benda
Tajuk                                      : Kad Hari Ibu
Masa                                      : 60 minit
Alat                                         : Berus lukisan, palet, pisau, gunting                
Bahan                                     : Polisterin, kertas lukisan, dan warna poster
BBM                                       : Contoh-contoh karya teknik cetakan, slaid PowerPoint dan gambar cetakan
EMT                                       : TMK, Kreativiti dan Inovasi
Pengetahuan sedia ada         : Murid pernah membuat kad ucapan


STANDARD KANDUNGAN

1.    Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual seperti rupa, warna, dan harmoni yang terdapat pada alam ciptaan Tuhan, objek buatan manusia, dan karya seni dalam penghasilan corak menggunakan teknik cetakan.
2.    Aplikasi pengetahuan, kefahaman, dan kemahiran bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam membuat corak.
3.    Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam membuat corak.
4.    Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni, dan budaya.

STANDARD PEMBELAJARAN

2.1       Persepsi Estetik   
Murid dapat menyatakan unsur rupa, warna serta imbangan pada corak rekaan.
            2.1.1    Unsur seni
                        2.1.1.1             Rupa – organik dan geometri
                        2.1.1.2             Warna – primer (kuning, biru dan merah)
            2.1.2    Prinsip rekaan
                        2.1.2.1             Harmoni – pengulangan motif

2.2       Aplikasi Seni 
            Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan corak teknik cetakan.
            2.2.1    Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
                        2.2.1.1 Alatan – berus lukisan, palet, pisau, gunting,                                                          
2.2.1.2 Bahan – polisterin, kertas lukisan, dan warna poster

2.2.2    Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya
                        2.2.2.1 Teknik – cetakan

2.3       Ekspresi Kreatif   
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, kefahaman media, serta kemahiran proses dan teknik dalam penghasilan corak cetakan.
            2.3.1    Memilih dan mempelbagaikan bahan secara kreatif
            2.3.2    Mengaplikasikan proses dan teknik cetakan dalam penghasilan corak
2.3.3    Menggunakan bahasa seni visual: rupa, warna, dan harmoni dalam penghasilan karya

2.4       Apresiasi Seni   
Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan memberikan penekanan pada bahasa seni visual.
            2.4.1    Mempamerkan karya yang dihasilkan
            2.4.2    Menyatakan karya sendiri dan rakan secara lisan

Objektif :
Pada akhir pembelajaran, murid dapat :
1.    Menyatakan definisi cetakan.
2.    Mahir menggunakan alatan dan bahan bagi menghasilkan karya cetakan secara kreatif dan selamat.
3.    Menghasilkan cetakan mengikut prosedur dengan bimbingan guru secara kreatif.
4.    Membuat apresiasi mudah terhadap karya tembikar cetakan dan rakan berpandukan bahasa seni visual.

KOMPONEN
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PDP / ILLUSTRASI
CATATAN
Induksi
(5 minit)
·         Guru menunjukkan video kepada murid mengenai hari ibu. (upin & ipin buat kad ucapan Hari Ibu untuk opah)
·         Guru akan menerangkan kepada murid mengenai isi pelajaran pada hari ini iaitu membuat kad Hari Ibu dengan menggunakan teknik cetakan.


1.    Guru menunjukkan tayangan video kepada murid.
2.    Murid meneliti tayangan video yang ditunjukkan oleh guru.
3.    Berdasarkan tayangan video, murid akan meneka apa yang akan mereka lakukan hari ini.
4.    Guru membawa contoh kad ucapan yang terdapat teknik cetakan dan menunjukkannya kepada murid.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhFMgwYnEiocxxAhJLAqo5oeVBWZYo0XgJgz5dVYdaL1PmoLVpukSlBFJefOakXlsj5pp9xjiqxrPGI62H5Jg7uVlTiKckc5A0R2cl-zvvlbLCMcimI7K6OYBrAdeXbTnI5mR_hBXRanBU/s1600/kak+juniza.jpg
5.    Guru bertanya soalan mengenai pengalaman sedia ada murid.
Contoh : Siapa pernah buat kad ucapan?
Kad ucapan untuk apa?
Corak dan teknik apa yang pernah digunakan sewaktu buat kad ucapan?
6.    Guru menerangkan mengenai tajuk pelajaran pada hari ini.
BBM :
-       Video
-       Contoh kad ucapan teknik cetakan

Teknik :
-       Sumbang saran

EMK :
- Teknologi Maklumat Komunikasi

Langkah 1: PERSEPSI ESTETIK
(10 minit)
·      Guru memperkenalkan teknik cetakan kepada murid. Guru menunjukkan video contoh membuat cetakan menggunakan lino.
·      Guru menunjukkan contoh-contoh corak teknik cetakan menggunakan slaid power point.
·      Asas seni reka yang akan digunakan bagi menghasilkan cetakan hari ini adalah imbangan dan harmoni.
·      Gambar?
·      Guru berinteraksi dengan murid tentang bahasa seni visual seperti rupa, warna dan harmoni



1.    Murid memahami maksud teknik cetakan.
Satu proses hasil kerja seni menggunakan dakwat yang dicipta melalui perpindahan dakwat ke atas satu permukaan.
2.    Murid memerhati dan meneliti contoh corak teknik cetakan yang dipaparkan oleh guru.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiCYLpDX734YhIdKU-yetGP_73HZ9-hT3ywp1xp8VhCvvzrijHUUMIS2DQa1vHecDeIoEMCqmXlzMGnRLN_3vp0ZSEFnjQwo4EDApTGA8-RiJgS76Drz2DIgULBsp9nw8IbuDaiABJx_Ro/s1600/cetakan.jpg
http://www.itbm.com.my/images/sized/uploads/books/9789830687292_frontcover-350x480.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiuwXFWzANX_wyXWVehLIsBX1mLMnxzICjfYVpS2Rge17zDLJEO6FtjBU-N3VKJG39mRFVxqHekW5eykE_ai_pK5Yxhfv-uA1Mwbzv9U5ldUqAW2RzugftqXDprzg8Ksg5p8pKDyvhDtdCJ/s1600/629px-Paint-With-Fruit-and-Vegetables-Step-7---Version-2.jpg
3.    Murid menjawab soalan mudah yang disoal oleh guru berkenaan gambar corak teknik cetakan yang dipaparkan sebentar tadi.
Contoh soalan :
Apakah rupa yang terdapat pada cetakan tadi?
rupa geometri & organik
Warna apakah yang terdapat pada cetakan tadi?
primer, sekunder &tertier
Adakah unsur seni lain yang terdapat pada cetakan?
Harmoni, irama dan pergerakan
4.  Guru mencatatkan asas seni reka pada papan tulis.
5.  Guru menunjukkan kepada murid contoh imbangan dan harmoni yang ada pada cetakan.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhI6VdlQqrk9YF0Ou34_YSg1KZ2sPrVh6CW6RK1ACSQhDfguNrUFCHgCf99vMDBVLbOmImwpCv1Baw012Dj_fGo-NQa7bd5dEMnfHh-k2bos4BQON1L5duUVOlmB29YLgxsgFLOY485Vv0l/s1600/a28b.jpg 












Contoh cetakan yang harmoni dan seimbang
BBM :
-       Power point
gambar corak teknik cetakan
-       Video cetakan lino

EMK :
-       TMK

KBT :
-       Soal jawab
-       Berpusatkan guru & bahan


Langkah 2 : APLIKASI SENI

(15 minit)

·         Guru menampal carta alir langkah membuat cetakan di hadapan kelas.
·         Guru menunjukkan demonstrasi / cara menghasilkan corak cetakan pada kertas lukisan secara kelas.
·         Kemudian, guru membuat demonstrasi mengikut kumpulan seperti yang telah diaturkan pada setiap waktu Pendidikan Seni.


1.    Guru berinteraksi dengan murid tentang jenis-jenis media yang sesuai untuk membuat corak teknik cetakan.
Contoh : ubi kentang, pemadam
2.    Guru mencatatkan pada papan tulis.
3.    Guru menunjuk cara bagi menghasilkan corak teknik cetakan yang seimbang.
4.    Guru menampal carta alir langkah membuat cetakan di hadapan kelas.
5.    Murid membaca carta alir secara beramai-ramai dan memahami cara membuat cetakan.
6.    Murid memerhati guru membuat demonstrasi.
7.    Guru mempamerkan hasil cetakan pada papan putih supaya murid boleh membuat rujukan.
8.    Guru membuat demonstrasi secara berkumpulan.


Media :
-       polisterin
-       berus lukisan
-       palet
-       pisau
-       gunting

Strategi :
-       Berpusatkan guru
-       Pendekatan kumpulan


Langkah 3: EKSPRESI KREATIF

(20 minit)
·         Guru menguji pengetahuan  murid tentang cara menghasilkan cetakan yang seimbang dan harmoni.
·         Murid menghasilkan karya cetakan pada kertas lukisan.
http://www.jerrysartarama.com/images/products/painting_accessories/palettes/watercolor_fluid_media_palettes/tom_jones/0079564000000-st-02-tom-jones.jpg
http://www.davinciartistsupply.com/images/categories/100007_x.jpg
https://encrypted-tbn1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTX4EsIpxIF5S1IlBzwIV7J0-6waTrgVx_mIYjhmlncjDOnAsse







·         Langkah 1
Sediakan peralatan di atas meja
 








·         Langkah 2
Guru mengedarkan tamplet kad Hari Ibu kepada murid-murid.





https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhpmFD83MoIKT5amj30Qhfkrf_jxUSYzznEwgFEbI37SDZARPV7fCTngv_OE3DzNn4m3U0fh_E4FepsDfJjjDfwXfev3k5e1MrnoRQLMrImyIhmWSmku7jj2BRkvjIUgEmMJndvzt4bmMF0/s400/DSCN0127.JPG
 








·         Langkah 3
Menggunakan polisterin, murid menggunting polisterin mengikut rupa yang diingini. Guru menekankan faktor keselamatan sewaktu menggunakan gunting kepada murid.
http://factorydirectcraft.com/factorydirectcraft_blog/wp-content/uploads/2010/12/Block_Printing_with_Kids.jpg
 








·         Langkah 4
Murid mewarnai permukaan polisterin dan mencetak pada permukaan kertas lukisan dengan susunan motif mengikut kreativiti
http://factorydirectcraft.com/factorydirectcraft_blog/wp-content/uploads/2010/12/Block_Printing_with_Kids4.jpg
 











·         Langkah 5
Ulangi langkah di atas dengan menggunakan warna dan corak yang berbeza.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgVBWP_yrnqBmJfANr1RUmEX4j_NKHfLVomsVnmzqXmherHQWMkR0iTelJyOulgP7oSP_8mj5vJEF6dQmdaTZamAvo8d3is68LEfroOETCdVrsjGp5cfv8nKxpvk01_yYswNZvWjlVesNY/s1600/DSC00028.jpg 








·         Langkah 6
Murid membuat kemasan pada kad ucapan masing-masing dengan menggunakan warna poster.
Strategi :
-       Berpusatkan murid

EMK :
-       kreatif & inovatif

KBT :
-       Kecerdasan pelbagai
-       Interpersonal
-       Intrapersonal









Penutup:
APRESIASI SENI
(10 minit)



·         Sesi refleksi dan apresiasi mudah dengan bimbingan guru.
·         Guru menerapkan unsur keusahawanan dengan menggalakkan pelajar menghasilkan karya cetakan yang bermutu.

1.    Murid mempamerkan hasil kerja dan menyatakan hasil karya sendiri serta rakan.
2.    Murid menceritakan pengalaman semasa membuat cetakan dan membaca kad ucapan Hari Ibu di hadapan kelas.
3.    Murid memikirkan produk apa lagi yang boleh menggunakan corak cetakan.
Contoh : beg kertas, pembalut hadiah/buku, penanda buku.
4.    Guru menggalakkan pelajar menghasilkan karya cetakan yang bermutu supaya boleh dijual.
5.    Guru mengukuhkan semula tajuk pembelajaran pada hari ini.
6.    Guru membenarkan murid membawa balik karya mereka untuk diberi kepada ibu masing-masing.

Strategi :
-       Berpusatkan murid

Nilai murni :
-       keberanian

EMK :
-       keusahawanan

KBT :
-       Kecerdasan pelbagai
-       Intrapersonal
-       Verbal linguistik



Refleksi guru:

No comments:

Post a Comment