RANCANGAN
PENGAJARAN HARIAN DSV TAHUN 3
Mata pelajaran :
Dunia Seni Visual
Tarikh :
9 September 2014
Masa :
9.00-10.00 pagi (60 minit)
Tahun :
3 Amanah
Bilangan murid :
30 orang
Bidang :
Membentuk dan membuat binaan
Aktiviti :
Membuat boneka
Tema : Alam semula jadi
Tajuk : Haiwan
Alat : Gunting
Bahan :
Stokin, Aksesori (butang baju, mata) kain felt, pen marker
Bahan Bantu Mengajar : Contoh boneka stokin dan kad imbas.
EMK : Keusahawanan, Kreativiti dan inovasi
Pengalaman sedia ada : Murid pernah melihat dan
bermain dengan pelbagai jenis boneka
Penerapan nilai : Keberanian
STANDARD
KANDUNGAN:
1.
Persepsi
estetik dan menggunakan bahasa seni visual yang ada pada boneka.
2.
Aplikasi
bahasa seni visual dan media dalam penghasilan boneka.
3.
Penzahiran
idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam penghasilan boneka.
4.
Apresiasi
terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni
dan budaya.
STANDARD
PEMBELAJARAN :
3.1
Persepsi estetik
Murid dapat
menyatakan dan membuat pemerhatian terhadap unsur seni dan prinsip rekaan dalam
penghasilan boneka haiwan.
3.1.1
Unsur seni
3.1.1.1 Bentuk - Konkrit
3.1.1.2 Jalinan – Sentuh dan Tampak
2.1.2
Prinsip rekaan
3.1.2.1 Imbangan simetri
3.2
Aplikasi Seni
Murid dapat
mengetahui dan menggunakan bahasa seni visual dan media dalam penghasilan boneka.
3.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
3.2.1.1
Alat – Gunting
3.2.1.2 Bahan – Stoking, Aksesori (butang
baju, mata) kain felt, pen marker
3.2.2
Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya.
3.3
Ekspresi Kreatif
Murid dapat
mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, kefahaman media, serta
kemahiran proses dan teknik dalam penghasilan boneka.
3.3.1 Memilih dan mempelbagaikan bahan secara kreatif
3.3.2 Menggunakan Bahasa seni visual dalam
penghasilan karya.
3.3.3 Mengaplikasikan
proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan boneka.
3.4 Apresiasi Seni
Murid dapat
membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan Bahasa Seni Visual.
2.4.1 Membuat
persembahan boneka yang dihasilkan
2.4.2 Menghargai dan menceritakan
karya sendiri dan rakan secara lisan dan menggunakan bahasa seni visual.
Objektif: Pada akhir pembelajaran,
murid dapat :
1.
Menyatakan
definisi dan jenis-jenis boneka.
2.
Boleh
menggunakan gunting bagi menghasilkan karya secara kreatif dan selamat.
3.
Menghasilkan
boneka mengikut prosedur dengan bimbingan guru secara kreatif.
4.
Membuat
apresiasi mudah terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni
visual.
KOMPONEN
|
ISI
PELAJARAN
|
AKTIVITI
PDP / ILLUSTRASI
|
CATATAN
|
Set
induksi
(5 minit)
|
·
Guru
membawa sebuah kotak ke dalam kelas.
·
Guru
menggalakkan murid bertanya tentang isi kandungan kotak
|
1.
Murid
akan rasa ingin tahu tentang isi kotak tersebut.
2.
Guru
memberikan klu kepada murid supaya meneka.
3.
Di
dalam kotak tersebut terdapat boneka.
4.
Guru
menggerakkan boneka dan memberitahu isi pelajaran pada hari ini.
|
BBM :
-
kotak
yang berisi boneka
Teknik :
- soal jawab
|
Langkah 1:
PERSEPSI ESTETIK
( 10 minit)
|
·
Guru
menampal gambar-gambar boneka pada papan hadapan kelas.
·
Guru
menunjukkan beberapa contoh boneka yang dihasilkan menggunakan stokin dan
menggerakkan mulutnya.
·
Guru
bersoal jawab tentang asas seni reka yang ada pada boneka yang dibawa oleh
guru.
|
1.
Murid
memerhati dan meneliti contoh boneka
yang dipaparkan oleh guru.
2.
Murid
menjawab soalan mudah berdasarkan pengetahuan sedia ada berkenaan boneka.
3.
Guru
mencatatkan nota penting seperti asas seni reka yang ada pada boneka pada
papan tulis.
Contoh
soalan:
·
Adakah anda pernah dengar,
pernah tengok/belajar/bermain dengan boneka?
Murid
memberikan respon masing-masing
·
Apakah yang anda faham
mengenai boneka?
sesuatu objek atau benda bukan hidup yang digerakkan oleh
pemain bagi menyampaikan mesej
·
Apakah jenis boneka yang
kamu tahu?
Boneka tangan, boneka jari, boneka tali, boneka tongkat,
boneka lidi
·
Apakah unsur seni yang
terdapat pada boneka yang sedang guru tunjukkan
Rupa bulat, bujur, warna, simetri, jalinan
·
Adakah prinsip imbangan
atau simetri penting dalam penghasilan boneka?
Imbangan simetri penting
4.
Guru
menunjukkan beberapa contoh boneka yang dihasilkan menggunakan stokin dan
menggerakkan mulutnya.
|
BBM:
-
Beberapa
contoh boneka yang telah siap
-
Gambar
pelbagai jenis boneka
Teknik:
-
Soal
jawab
KBT:
-
Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi
Strategi
:
-
Kemahiran
menggunakan papan tulis
|
Langkah 2 :
APLIKASI SENI
(15 minit)
|
·
Guru
menampal carta langkah menghasilkan boneka di hadapan kelas.
·
Guru
menunjukkan demonstrasi/cara menghasilkan boneka daripada stoking.
|
1.
Guru meminta salah seorang pelajar untuk membaca
carta langkah menghasilkan boneka yang telah ditampal di hadapan kelas.
2.
Murid membaca semula secara beramai-ramai langkah
menghasilkan boneka.
3.
Murid memerhati dan meneliti cara guru
menghasilkan boneka menggunakan bahan yang disediakan.
Langkah
1:
i.
Sediakan semua alat dan bahan.
Langkah
2:
ii.
Gunting kain felt dan menghasilkan bentuk mata,
telinga, belalai, tanduk mengikut jenis haiwan yang telah dipilih.
Langkah
3:
iii.
Lekat potongan kain felt tadi pada stokin dengan
menggunakan gam.
Langkah
4 :
iv.
Tambah aksesori pada boneka tersebut.
Langkah
5 :
v.
Buat kemasan pada boneka
|
Alat :
-
Gunting
Bahan :
- Stokin
- Aksesori (butang baju,
mata)
- Kain felt
- Pen marker
Teknik
:
-
demonstrasi
|
Langkah 3:
EKSPRESI KREATIF
(20 minit)
|
·
Guru
membimbing murid menghasilkan karya boneka masing-masing
|
1.
Murid
menjalankan aktiviti membuat boneka dengan kreativiti sendiri berdasarkan
langkah-langkah yang telah ditunjukkan oleh guru.
2.
Murid
membuat kemasan pada boneka masing-masing.
3.
Guru sebagai pembimbing atau fasilitator.
|
KBT :
- kecerdasan pelbagai
- Interpersonal
- intrapersonal
|
Penutup:
APRESIASI
SENI
(10 minit)
|
·
Sesi
refleksi dan apresiasi mudah murid dengan bimbingan guru
·
Guru
memberi peneguhan dan pujian terhadap karya murid
|
1.
Murid
mempamerkan hasil kerja.
2.
Murid
memberi pendapat tentang karya sendiri dan rakan berdasarkan bahasa seni
visual dengan bimbingan guru
3.
Guru
mengaitkan karya yang dihasilkan mempunyai nilai komersial dan boleh dijual.
4.
Guru
memberi peluang kepada murid untuk berlakon dan melakukan aksi menggunakan
boneka masing-masing di hadapan kelas.
5.
Guru
mengukuhkan semula tajuk pelajaran
yang dipelajari hari ini.
|
KBT :
- Kecerdasan pelbagai
- Verbal linguistik
Nilai :
-
Menghargai
-
Keberanian
-
Keyakinan
diri
EMK :
-
Keusahawanan
Teknik :
-
Lakonan
|
Refleksi guru:
No comments:
Post a Comment