PENGENALAN
Secara umumnya lisan merupakan aspek
kemahiran bahasa yang penting dan utama. Aspek ini merupakan aspek asas bagi
bahasa pertama yang dikuasai oleh seseorang kanak-kanak yang normal sebelum
mempelajari kemahiran membaca dan juga menulis. Secara konsepnya, kemahiran
mendengar adalah kebolehan murid-murid mendengar dengan teliti, memahami
perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan dan juga dapat
memberikan maklum balas. Manakala kemahiran bertutur pula merupakan kebolehan
murid-murid berbual untuk menjalinkan hubungan serta menyampaikan maklumat,
pendapat, perasaan serta idea yang kreatif dan juga kritis dengan menggunakan
sebutan dan intonasi yang betul secara bertatasusila. Di samping itu juga,
penekanan diberikan kepada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa
yang bersesuaian.
Kemahiran mendengar merupakan salah satu
kemahiran bahasa yang penting serta perlu dipelajari secara intensif
terutamanya ketika murid-murid berada di sekolah rendah lagi. Aktiviti
mendengar merupakan aktiviti yang terpenting untuk dikuasai kerana
penggunaannya yang begitu meluas di dalam kehidupan. Ekoran daripada itu,
dianggarkan lebih kurang 60 peratus daripada masa yang digunakan adalah untuk
mendengar. Jadi, disebabkan itulah murid-murid di bangku sekolah rendah lagi
perlu memiliki kemahiran ini dengan berkesan (Yahya Othman 2005 : 26).
Tujuannya adalah supaya mesej yang diterima dapat dimanfaatkan dengan sebaik
yang mungkin. Seterusnya adalah penekanan haruslah diberikan
terhadap kemahiran bertutur dalam kurikulum Bahasa Melayu pula digambarkan
melalui kemahiran berkomunikasi dan melahirkan idea.
Bertutur
merupakan satu cara berkomunikasi yang kompleks dan melibatkan proses mental
yang menggerakkan alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi bahasa yang
bermakna. Di samping penghasilan bunyi bahasa, seseorang itu akan menggunakan
unsur-unsur prosodi dan cara paralinguistik semasa bertutur bagi menguatkan
maksud pertuturan. Unsur prosodi ialah intonasi, nada, tekanan, sebutan dan
jeda. Manakala unsur para linguistik ialah bahasa isyarat dan pergerakan badan.
Bertutur ialah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada
alat-alat sebutan atau dikenali juga sebagai artikulator. Bertutur merupakan
kemahiran berinteraksi dalam suasana berbahasa dan berlaku pada peringkat
produksi. Oleh sebab itu, model-model yang diperdengar haruslah model-model
yang baik yang membolehkan pelajar-pelajar bertutur secara berkesan.
RANCANGAN
PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 5 Pintar
Bilangan murid : 30 orang
Tarikh :
Masa : 8.00-9.00 pagi (60 minit)
Tema : Alam sekitar
Tajuk : Pencemaran
Objektif :
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :
1.
Membaca
kuat teks dengan sebutan yang betul, ejaan dan penggunaan perkataan yang tepat.
2.
Merujuk
kepada kamus untuk mencari makna sekurang-kurangnya tiga patah perkataan
baharu.
3.
Mengemukakan
sesuatu idea, pandangan dan pendapat tentang pencemaran 10 tahun akan datang dengan jelas dan
teratur
HASIL PEMBELAJARAN :
Fokus Utama :
6.1 Membaca dan merujuk pelbagai sumber untuk
mendapatkan maklumat bagi tajuk yang sedang dikaji termasuk maklumat daripada
internet.
Aras 1
i. Merujuk kepada
kamus untuk mencari makna, sebutan yang betul, ejaan dan penggunaan perkataan
yang tepat.
Fokus sampingan :
4.1 Mengemukakan
sesuatu idea, pandangan dan pendapat tentang sesuatu topik dengan jelas dan
teratur.
Kemahiran bahasa : Membaca dan bertutur
Sistem bahasa :
·
Tatabahasa
: sinonim ( mencari makna perkataan)
Pengisian kurikulum :
·
Ilmu
: Kajian tempatan
·
Nilai
murni : berani, kerjasama
·
Kemahiran
bernilai tambah : kemahiran berfikir, kecerdasan pelbagai (intrapersonal),
kreatif dan inovatif
Pengetahuan sedia ada : murid tahu maksud dan pelbagai
jenis pencemaran alam
Bahan bantu mengajar :
BIL
|
BAHAN
BANTU MENGAJAR
|
KUANTITI
|
1
|
Kamus
Dewan Bahasa
|
5
|
2
|
Kad
Manila
|
5
|
3
|
Pen
Marker
|
5
|
4
|
Kertas
majung
|
5
|
5
|
Petikan
pencemaran
|
30
|
6
|
Lembaran
kerja
|
30
|
Langkah
/ masa
|
Isi
pelajaran
|
Aktiviti
pengajaran dan pembelajaran
|
catatan
|
Set induksi
(5 minit)
|
1. Guru memakai topeng muka dan membuat aksi batuk.
2. Guru memainkan peranan bagi menggalakkan murid bertanya soalan seperti
:
·
Mengapa cikgu memakai topeng muka?
-
pencemaran udara
·
Apa kesan yang ada pada manusia?
-
batuk, demam sakit
|
1.
Guru
memberi murid rasa ingin tahu.
2.
Murid
akan menanyakan soalan kepada guru.
3.
Guru
menyampaikan tajuk pembelajaran pada hari itu.
|
BBM :
topeng muka
Teknik :
Main peranan
|
Langkah
1
(10
minit)
|
1.
Guru
mengedarkan petikan dan kamus kepada murid.
2.
Guru
membimbing murid mencari makna perkataan baharu menggunakan Kamus Dewan
Bahasa.
3.
Contoh
perkataan :
- Membelenggu
- Meleset
- Hartanah
- Kontraktor
- Pepejal
- Merealisasikan
|
1.
Murid
dibahagikan dalam bentuk kumpulan dan petikan serta Kamus Dewan Bahasa
diedarkan kepada setiap individu.
2.
Murid
membaca petikan secara senyap.
3.
Murid
mengenal pasti perkataan baharu yang terdapat dalam petikan.
4.
Secara berkumpulan, murid diminta mencari makna
perkataan baharu tersebut. Satu kumpulan mencari satu maksud perkataan.
5.
Murid
diminta menulis perkataan dan makna di atas kad manila yang telah disediakan
dan tampal di hadapan kelas.
6.
Murid
mencatat di dalam buku latihan dengan membuat peta pemikiran.
|
Teknik : bacaan
mentalis
BBM :
Kamus Dewan
Bahasa, potongan kad manila dan pen marker
Penilaian objektif
:
Merujuk kepada kamus untuk mencari
makna sekurang-kurangnya tiga patah perkataan baharu.
|
Langkah
2
(20
minit)
|
1.
Pertandingan
mini membaca berita.
2.
Guru
memperbetulkan kesalahan bacaan murid.
3.
Guru
menilai murid berdasarkan instrumen penilaian yang telah disediakan.
4.
Guru
menilai murid mengikut kumpulan demi kumpulan.
|
1.
Guru
mengadakan pertandingan mini membaca berita.
2.
Giliran
telah ditentukan dalam kumpulan tadi.
3.
Murid
haruslah membaca kuat petikan dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang
betul.
4.
Murid
yang mempunyai masalah membaca akan dibantu oleh guru.
|
Teknik :
bacaan mekanis
BBM :
Petikan
(lampiran)
Nilai :
Keberanian
Guru menilai
murid berdasarkan instrumen penilaian kemahiran membaca
Penilaian objektif
:
Membaca kuat teks dengan sebutan yang
betul, ejaan dan penggunaan perkataan yang tepat.
|
Langkah
3 (20 minit)
|
1.
Pembentangan
mengenai ‘objek inovasi mengelak pencemaran 10 tahun akan datang’
|
1.
Murid
masih berada dalam kumpulan tadi.
2.
Setiap
kumpulan dibekalkan kertas mahjong dan pen marker.
3.
Setiap
kumpulan diberi tajuk ‘objek inovasi mengelak pencemaran 10 tahun akan
datang’.
4.
Murid
membentangkan hasil kerja secara berkumpulan.
|
BBM :
Kertas mahjung,
Pen marker
Nilai :
kerjasama
KBT :
·
Kajian
masa depan
·
Kecerdasan
pelbagai – Intrapersonal
·
Kreativiti
dan inovasi
Ilmu : kajian
tempatan
Teknik :
·
pembelajaran
koperatif
·
sumbang
saran
·
perbincangan
Penilaian objektif
:
Mengemukakan sesuatu idea, pandangan
dan pendapat tentang pencemaran
10 tahun akan datang dengan jelas dan teratur
|
Penutup
(5
minit)
|
1.
Guru
membantu murid merumuskan isi pelajaran hari ini.
2.
Guru
menerapkan nilai-nilai murni yang harus ada untuk mengelak pencemaran.
3.
Guru
mengedarkan lembaran kerja untuk murid siapkan di rumah (aktiviti pengukuhan)
|
1.
Murid
membuat rumusan mengenai apa yang dipelajari pada hari ini dengan bimbingan
guru.
2.
Murid mengeluarkan nilai-nilai murni yang
harus diterapkan dalam usaha mengelak pencemaran alam sekitar
|
BBM : lembaran
kerja
Nilai :
menghargai pendapat orang lain
Teknik :
· membuat kesimpulan
|
RefleksiGuru :________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
INSTRUMEN PENILAIAN BAHASA
KEMAHIRAN MEMBACA
Kemahiran Membaca Kuat (Pertandingan
Mini Membaca Berita)
Nama:
Kelas:
Bil.
|
Kesilapan / kelemahan yang
dilakukan
|
Kekerapan (/)
|
||||
1.
|
Peninggalan –
bunyi huruf / perkataan / imbuhan yang ditinggalkan.
|
|
|
|
|
|
2.
|
Ulangan –
mengulang-ulang perkataan / suku kata.
|
|
|
|
|
|
3.
|
Tambahan –
bunyi huruf / imbuhan / perkataan ditambah.
|
|
|
|
|
|
4.
|
Pembalikan –
huruf / perkataan / frasa dibaca secara terbalik atau songsang.
|
|
|
|
|
|
5.
|
Membaca cuma
selepas mengeja / membatang suku kata terlebih dahulu.
|
|
|
|
|
|
6.
|
Membaca
tersekat-sekat perkataan demi perkataan tanpa mengikut frasa atau unit
pemikiran.
|
|
|
|
|
|
7.
|
Membaca
terlampau cepat / gopoh / tidak menghiraukan noktah / lain-lain tanda bacaan
yang boleh menjejas kefahaman dalam bacaan.
|
|
|
|
|
|
Komen guru: ______________________________________________________________
_________________________________________________________________________
Markah bacaan akan dinilai berdasarkan
item-item berikut:
BIL
|
PERKARA
YANG DINILAI
|
SKOR
|
CATATAN
/ KOMEN GURU
|
||
1
|
2
|
3
|
|||
1
|
Kelancaran – murid dapat membaca berita dengan fasih dan lancar.
|
|
|
|
|
2
|
Bacaan murid mempunyai jeda.
|
|
|
|
|
3
|
Murid membaca berita dengan menggunakan intonasi yang sesuai.
|
|
|
|
|
4
|
Nada yang digunakan murid sesuai dengan ayat yang dibaca.
|
|
|
|
|
5
|
Sebutan bacaan murid jelas dan terang
|
|
|
|
|
Skor
|
Pencapaian
|
1
|
LEMAH
|
2
|
SEDERHANA
|
3
|
BAIK
|
*Petunjuk :
Jumlah Skor: ____________
Ya
|
|
Tidak
|
|
Bimbingan Guru:
CONTOH PETA PEMIKIRAN
RUJUKAN
BUKU
Arbak
Othman (1985) "Mengajar
Tatabahasa", Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur.
Ee, Ah Meng (1987) "Pedagogi Untuk Bakal Guru",
Fajar Bakti, Petaling Jaya.
Kamarudin Husin (1988) "Pedagogi Bahasa", Longman
(M), Kuala Lumpur.
Kaye, Barrington (1970) "Participation In Learning",
George Allen & Unwin, London.
Kemp,
Jennold E (1987) "Corak Rancangan
Pengajaran - Suatu Rancangan Untuk menggubal Unit Dan Kursus" Dewan
Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur.
Raminah
Sabran & Rahim Syam (1985)
"Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia", Fajar Bakti, Petaling Jaya.
Tang, Chee Yee (1988) "Panduan Latihan Mengajar",
Fajar Bakti, Petaling Jaya.
INTERNET
Permata
An-Nur ( 13 Mac 2013) Konsep strategi,
pedekatan, kaedah dan teknik
diperolehi pada 6 Sept 2014 daripada http://www.slideshare.net/Permata_An-Nur/bmm3171-konsep-strategi-pendekatan-kaedah-dan-teknik
Norziana
(12 April 2011) Strategi, Pendekatan,
Kaedah dan Teknik diperolehi pada 6 Sept 2014 daripada http://norzianaiberahim.blogspot.com/2011/04/strategi-pendekatan-kaedah-dan-teknik.html
Kahar
Khai (16 April 2013) pendekatan, kaedah,
teknik dan strategi, diperolehi pada 6 Sept 2014 daripada http://kaharkhai.blogspot.com/2013/04/konsep-strategi-o-kebijaksanaan-memilih.html
No comments:
Post a Comment