PERANCANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
2.1 TEORI PEMBELAJARAN
Teori
pembelajaran sosial Albert Bandura telah digunakan
sepanjang pelaksanaan pengajaran mikro kami. Teori Pembelajaran sosial telah
dipelopori oleh seorang tokoh terkenal iaitu Albert Bandura. Teori ini adalah
terkenal dengan teknik peniruan atau modeling
yang menekankan kepada faktor di mana manusia berfikir dan bertingkah laku
melalui pemerhatian dan meniru tingkah laku yang menghasilkan ganjaran.
Peringkat peniruan boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu peniruan secara
lansung, peniruan sekat dan tak sekat lakuan, serta peniruan elisitasi. Albert
bandura mengemukakan model determinisme timbal balik yang mengandungi tiga
faktor utama iaitu perlakuan, individu (kognisi) dan persekitaran.
Faktor-faktor tersebut saling berinteraksi dan mempengaruhi pembelajaran.
Bandura berpendapat bahawa perlakuan seseorang merupakan hasil interaksi antara
faktor dalam diri dan persekitaran (Mohd Fuad Sam, 2013).
Sewaktu PdP berlansung pada
tempoh hari, kumpulan saya telah memilih untuk menggunakan teknik peniruan
secara lansung. Peniruan lansung melibatkan kejadian apabila seorang model
(guru) melakukan sesuatu dan individu (murid) akan meniru kelakuan
tersebut. Pengaplikasian teori tersebut
diguna pakai sewaktu guru memberi penerangan dan membina model kereta bersama-sama
dengan lakuan murid membina model.
Selain itu, teori
pembelajaran yang telah diaplikasikan sewaktu pelaksanaan pengajaran mikro pada
tempoh hari adalah teori pembelajaran
Behavioris. Teori pelaziman operan merupakan pecahan kecil daripada teori
pembelajaran Behavioris yang telah diasaskan oleh EL Thorndike. Menurut
Thorndike, hubungan antara ransangan dan gerak balas akan menjadi lebih kukuh
apabila wujud kesan yang positif (Mohd Fuad Sam, 2013). Berdasarkan teori ini,
Thorndike telah memperkenalkan tiga hukum pembelajaran.
Hukum
pembelajaran Thorndike
|
Sewaktu PdP berlansung, guru
memberi ransangan dan pujian kepada murid untuk menggalakkan lagi gerak balas
yang memberansangkan antara murid dan guru. Ini juga menimbulkan suasana yang
positif dan menyeronokkan ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.
Pembawaan murid kepada rasa berjaya adalah penting bagi mendapatkan keyakinan
dan minat murid dalam meneruskan aktiviti dan mendapat hasil yang
memberansangkan. Guru yang tidak kedekut dengan pujian akan menambahkan rasa
puas hati dan gembira dalam diri murid. Selain itu, ransangan positif seperti
ganjaran hadiah telah diberikan kepada murid-murid yang dapat menjawab soalan
dengan betul. Walau bagaimanapun, ganjaran yang terlalu kerap akan melunturkan
keterujaan murid dan akan membuatkan
murid menjadi bosan.
2.2 MODEL PENGAJARAN
Model pengajaran yang telah
diaplikasi sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran adalah model behavioral.
Model behavioral merupakan sebuah model yang berasaskan eksperimen pelaziman
klasik Pavlov, pembelajaran berasaskan ganjaran Thorndike, dan kajian Watson.
Strategi yang tergolong dalam model pengajaran ini ialah pengajaran lansung dan
pengajaran masteri.
1.
Pengajaran
langsung (direct instruction)
Pengajaran langsung telah
dilaksanakan dalam proses pengajaran mikro kumpulan kami. Pengajaran langsung
berlaku di mana guru bertindak dalam menyampaikan isi pengajaran kepada murid
supaya murid dapat mencapai hasil pembelajaran yang telah ditetapkan. Kemahiran
asas yang ditekankan dalam proses PdP ini termasuklah kemahiran menggunakan
gunting, kemahiran membentuk dan kemahiran menampal. Berpandukan model
pengajaran lansung, beberapa langkah pengajaran telah diaplikasikan untuk
menjayakan proses pengajaran yang berlaku di dalam kelas. Langkah-langkah
tersebut adalah seperti :
-
Guru
mengenalpasti hasil pembelajaran yang ingin dicapai. Tahap kemampuan murid
perlu dinilai terlebih dahulu sebelum guru menetapkan hasil pembelajaran.
Kemahiran pada aras sukar tidak mampu untuk dicapai oleh setiap individu murid.
Sebagai contoh, kemahiran menggunting tidak mungkin dapat dikuasai dengan
sempurna oleh semua murid-murid tahun satu. Di sini sebagai contoh, guru boleh
memberikan kertas yang tersedia mempunyai panduan untuk digunting oleh
murid-murid bagi memudahkan mereka disamping mengasah kemahiran supaya menjadi
lebih baik.
-
Guru
memberikan ransangan terhadap minat murid tentang apa yang ingin disampaikan.
Berdasarkan rancangan pengajaran yang telah dirancang, guru bertindak untuk
mendapatkan minat dan tumpuan murid. Guru menarik minat murid mengenai tema
pengajaran harian tersebut iaitu kereteku, dan mengaitkannya dengan pengalaman
sedia ada murid dalam kaedah seperti soal jawab. Selain itu, guru bertindak
untuk memperluas skop pandangan murid mengenai tema dengan mempertonton video
kepada murid. Pada permulaan PdP, video lagu telah dimainkan dan guru manarik
minat murid dengan aktiviti nyanyian lagu ‘bapaku pulang dari kota’. Melalui
aktiviti ini, murid akan berasa seronok dan lebih bersemangat untuk meneruskan
PdP selain dapat meningkatkan ciri-ciri inkuiri dalam diri murid secara tidak
langsung.
2.2 KAEDAH TEKNIK PENGAJARAN
Kaedah
teknik pengajaran yang kami gunakan dalam melaksanakan RPH ialah dengan cara
demonstrasi. Demonstrasi ialah salah
satu cara melatih murid memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut
prosedur. Dalam proses ini terdapat komunikasi lisan secara langsung daripada
guru kepada murid. Teknik ini bertujuan memberi peluang kepada murid agar
benar-benar memahami perkara yang hendak dipelajari melalui prosedur yang
ditunjukkan. Kaedah demonstrasi ini membolehkan murid-murid menguasai sesuatu
perkara dengan lebih mudah dan dapat meningkatkan ingatan murid terhadap
sesuatu perkara. Demonstrasi yang baik memerlukan objektif dan kandungan yang
teliti, penerangan yang jelas, tumpuan daripada murid, rumusan dan aktiviti
susulan dalam memperkukuhkan kefahaman murid.
Tujuan
kumpulan kami memilih kaedah demonstrasi untuk menunjukkan sesuatu isi atau
prosuder aktiviti kami secara berkesan. Pembinaan model kereta memerlukan
langkah-langkah prosedur yang betul untuk menghasilkannya. Demonstrasi ini juga
boleh menimbulkan minat dalam sesuatu topik. Kaedah demonstrasi ini kami telah
sediakan model untuk kemahiran mengajar. Hal ini dapat mengubah kadar
pemberajaran murid menjadi lebih menarik.
Seterusnya,
langkah pelaksanaan demonstrasi yang kami lakukan bermula dengan guru
menentukan topik serta menyediakan alatan dan bahan. Sebelum itu guru
menerangkan cara penggunaan alatan dan bahan kepada murid-murid. Kemudian, guru
melaksanakan langkah-langkah aktiviti yang perlu diikuti dan ditunjukkan kepada
murid-murid. Semasa demonstrasi ini dibuat, murid akan memberi gerak balas atas
setiap persoalan yang diajukan untuk mengetahui pemahaman murid. Urutan perlu
dicatatkan supaya tiada perkara penting yang ditinggalkan. Guru juga meminta
murid mengulangi langkah dan murid akan mempraktikkan apa-apa sahaja yang telah
dipelajari.
2.3 STRATEGI PENGAJARAN
Kami
menggunakan strategi pemusatan bahan
pelajaran semasa melaksanakan RPH ini. Dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran, bahan pengajaran memainkan peranan yang penting. Guru atau murid
perlu bergantung sepenuhnya kepada penggunaan bahan pelajaran untuk mencapai
objektif pengajaran. Di sini, bahan untuk menjalankan aktiviti perlu disediakan
guru untuk mencapai objektif yang ditetapkan.Guru juga lebih mengutamakan
kecekapan dan kemahiran menggunakan bahan pelajaran untuk mencapai objektif
pengajaran.
Bahan-bahan
yang disediakan ini dapat membantu murid memahami konsep yang abstrak dengan
lebih jelas di samping memupuk semangat berdikari dengan menjalankan aktiviti
pembelajaran tanpa kehadiran atau pertolongan guru. Contohnya guru menunjukkan
model kereta yang diperbuat daripada kad manila. Bahan maujud ini akan memberi
gambaran jelas tentang konsep bentuk dan sebagainya. Sememangnya strategi
pemusatan bahan pelajaran ini sangat mementingkan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang bermakna melalui pengalaman yang sebenar. Dengan adanya ilmu
pengetahuan yang abstrak dapat dikaitkan dengan situasi yang konkrit
2.4 PENDEKATAN DAN STRATEGI INTEGRATIF / KESEPADUAN
Pendekatan
dan strategi yang telah digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
iaalah penggabungjalinan. Penggabungjalinan
bermaksud pengintegrasian pelbagai kemahiran untuk menghasilkan pelajaran yang
bersepadu dan menyeluruh. Strategi ini
bertujuan mengukukuhkan kemahiran antara satu sama lain dan menjadikan aspek
pembelajaran saling melengkapi dalam sesuatu pelajaran, agar pembelajaran
tersebut lebih menarik dan bermakna (Kamarudin Haji Husin, 1990).
Penggabungjalinan
ialah proses penyampaian beberapa kemahiran seperti membaca, menulis dan
mengira semasa P&P dijalankan. Strategi ini kami terapkan dalam melaksanakan
aktiviti. Antara kemahiran yang digabungjalinkan ialah membaca dan menyanyi,
mewarna dan mendengar, menggunting dan menggam gambar. Kemahiran-kemahiran seni
visual dapat digabungjalinkan dengan kemahiran bahasa. Ciri-ciri gabungjalin
ini sangat menarik dan proses melaksanaknnya bersepadu dan menyeluruh. Dengan
ini, murid dapat menintegrasikan kepelbagaian kemahiran dalam sesuatu aktiviti
ini. Selain itu, kemahiran menggunting dan mewarna ini akan saling
kukuh-mengukuh antara satu sama lain. Murid dapat belajar cara kemahiran
menggunting sekaligus pandai menggunakan kemahiran mewarna dengan cara yang
betul.
Cara
mengguna gabungjalin ini perlulah dirancang berdasarkan objektif pembelajaran.
Antara objektif PdP kami ialah murid dapat menghasilkan binaan menggunakan kad
manila dan kertas warna. Menghasilkan binaan ini merujuk kepada murid
menggunakan kemahiran penggabungjalin seperti mewarna, menggunting dan
menampal. Strategi ini kami guna berdasarkan objektif pelajaran, kebolehan dan
pencapaian murid.Melalui gabungjalin ini, objektif berjaya dicapai dan murid
sudah menguasai kemahiran yang digabungjalinkan dengan baik. Selain itu, cara
lain bagi membuat pengabungjalin ini ialah kami mengenalpasti kemahiran utama
dan kemahiran sampingan. Berdasarkan Rph yang dirancang, kemahiran utama ialah
kemahiran asas yang melibatkan subjek Pendidikan Seni Visual seperti melukis,
menampal dan mewarna. Kemahirannya sampingan adalah seperti membaca dan
menyanyi. Kemahiran sampingan ini perlu dikuasai terlebih dahulu untuk
mengukuhkan kemahiran utama. Namun begitu, kemahiran utama perlulah difokuskan
kepada murid-murid.
Perlunya penggabungjalinan kemahiran-kemahiran melahirkan murid yang
berupaya dan cekap dalam penguasaan sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya
melahirkan individu yang mahir dalam semua bidang/kemahiran dengan cepat dan
teratur.
Dalam
pengajaran, kami juga menggunakan nilai penyerapan dimana menerapkan ilmu
pengetahuan kepada murid-murid. Sebagai contoh kami mengaitkan subjek
matematik, bahasa melayu dan muzik. Kami mengajak murid-murid untuk menyanyikan
lagu “ Bapaku pulang dari kota” pada set induksi berserta lirik pada video
tersebut membuatkan murid membaca lirik, hal ini meningkatkan kemahiran mereka
dalam membaca dan kami menyuruh pelajar untuk mengira berapa bilangan tayar
kereta dan memperkenalkan bentuk-bentuk geometri yang terdapat pada model
kereta yang ingin dihasilkan oleh murid-murid. Pada set induksi kami memberi
pendedahan awal kepada murid-murid tentang kenderaan kereta terlebih dahulu
seperti yang terdapat dalam teori pelaziman Operan Thorndike , hukum kesedian
iaitu dari segi kognitif pengalaman lepas dimana bertanyakan murid tentang
kenderaan yang penah mereka lihat.
Pelbagai kemahiran juga
turut diserapkan ketika berlakunya proses PdP kumpulan kami. Kami menekankan
kemahiran menggunting, menampal dan melekatkan pada komposisi yang betul. Dalam
teknik pengajaran kami mulakan dengan demostrasi cara menggunting model kereta
yang telah disediakan oleh guru. Seperti teknik scaffolding iaitu proses membimbing dan membantu pembelajaran.
Malahan kemahiran ini juga berkaitan dengan pengalaman sedia ada murid-murid
dimana mereka pernah melakukan proses mengunting dan menampal pada bidang lain
seperti kolaj. Sebagai guru, kami hanya meningkatkan kemahiran mereka dalam
bidang menggunting dan menampal.
Selain
itu juga kami cuba menerapkan nilai-nilai yang perlu ada dalam diri setiap
individu dimana kami menegur murid yang bercakap kurang sopan dengan mengatakan
bahawa perkataan seperti itu tidak baik diungkapkan kepada rakan-rakan. Kami
juga menerapkan nilai berkongsi antara satu sama lain iaitu murid-murid perlu
berkongsi alatan dengan rakan-rakan yang lain seperti penggunaan gam dan
gunting. Kami juga memberi penekanan kepada murid untuk memberi pujian kepada
rakan-rakan dan diri sendiri apabila berjaya melakukan sesuatu perkara. Sebagai
contoh kami akan menyuruh murid-murid menepuk tangan apabila rakan mereka
berjaya menjawab soalan dan tepuk tangan untuk diri mereka sendiri kerana dapat
menyekesaikan tugasan yang telah diberikan. Malahan kami juga menerapkan nilai
menghormati antara satu sama lain iaitu ketika melakukan apresiasi dimana
mereka harus menghormati pendapat rakan mereka dalam menyatakan apresiasi
beliau.
No comments:
Post a Comment