Saturday, 24 January 2015

pendidikan seni visual

Soalan 1

Teknologi maklumat dan komunikasi merupakan salah satu strategi yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Grafik penting untuk menyediakan bahan-bahan pandangan (visual) untuk menyampaikan mesej yang jelas. Keistimewaan objek grafik ialah ia mudah difahami ileh orang ramai walaupun menghadapi halangan bahasa komunikasi yang berbeza. Bahan grafik yang berkesan mendorong interaksi yang aktif di dalam bilik darjah dan mewujudkan suasana pebelajaran yang menyeronokkan dan mencabar. Prinsip reka bentuk visual sangat sesuai diaplikasikan dalam m
embuat poster. Terdapat 6 prinsip dala reka bentuk visual iaitu C A S P E R.

Contrast (perbezaan yang ketara). Prinsip kontrast mengatakan bahawa jika 2 item tidak serupa, maka perbezaan itu hendaklah diperlihatkan dengan ketara seperti warna hitam dan warna putih. Idea utama di sebalik kontrast adalah untuk mengelakkan unsur diadalam satu muka surat hampir sama. Kontras mempunyai kaitan dengan imej, warna dan tipografi. Sebagai contoh dalam poster, tipografi ditulis dengan tulisan yan bersar dan berwarna panas. Manakala latar belakang lazimnya diwarnakan gelap bagi mengwujudkan kontra pada poster.

            Allignment (susunan lurus). Dalam rekaan sesuatu visual ia perlu seimbang di mana elemen grafik disusun supaya beratnya seimbang dalam setiap bahagian reka bentuk. Terdapat 2 jenis seimbang iaitu seimbang formal dan seimbang tidak formal. Seimbang formal bermakna pembahagian yang sama antara dua bahagian visual samada kiri dengan kanan atau atas dengan bawah. Seimbang tidak formal bermakna pembahagian yang tidak sama rata antara item kiri dengan kanan atau atas dengan  bawah.

            Simplicity (mudah). Simplicity bermaksud sesuatu rekaan haruslah memungkinkan kefahaman yang cepat dan jelas. Cara yang terbaik ialah dengan empersembahkan satu perkara pada satu masa. Idea yang banyak dalam satu visual akan mengelirukan. Visual yang mengandungi sedikit elemen adalah lebih baik, kerana mudah dilihat. Hadkan perkataan-perkataan yang ditayangkan dalam satu visual tayangan. Lukisan hendaklah jelas dan terang.

            Proximity (penyatuan/berhampiran). Penyatuan ialah perhubungan yang lahir di antara elemen-elemen visual apabila elemen tersebut berfungsi bersama sebagai satu keseluruhan. Dengan kata lain, elemen-elemen seperti penghurufan, warna, bahan-bahan lain hendaklah saling melengkapi antara satu sama lain untuk mengukuhkan idea dasar yang hendak disampaikan.

            Emphasis (Penekanan). Dominan penekanan merupakan pusat penumpuan atau minat. Dalam sesuatu rekaan visual, objek atau item utama mestilah ditonjolkan agar dapat dilihat dan dibaca maksudnya. Terdapat pelbagai cara untuk mencapai dominan, antaranya ialah menggunakan Rule of Third. Rule of Thind ialah berdasarkan kajian bagaimana manusia menyaring sesuatu visual. Daripada kajian itu, didaati perhatian tertumpu lebih di sudut atas kiri daripada tempat-tempat lain.

Repetition (pengulangan). Prinsip ini menyatakan bahawa harus tekalkan sesuatu aspek reka bentuk pada tempat tertentu. Unsur yang ditekalkan mungkin berupa fon yang dihitamkan, garis kasar, bullet yang serupa, warna, unsur reka bentuk, format tertentu, hubungan ruang dan sebagainya.
Soalan 2

Belajar merupakan sebuah proses perubahan tingkah laku ke arah yang positif dan daripada tidak tahu kepada tahu. Dalam proses pembelajaran, perbezaan individu mempunyai pengaruh yang kuat terhadap pencapaian murid dan akademiknya. Sebagai seorang guru, perbezaan individu dan gaya pembelajaran haruslah diperlihat dengan terperinci supaya hasil pembelajaran tercapai. Guru perlu sentiasa menyediakan pelbagai strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua murid mencapai objektif yang ditetapkan. Selain itu, penyampaian guru haruslah yakin dan bermakna. Guru juga wajar menjadikan diri mereka sebagai seorang penghibur yang berbakat. Penelitian terhadap strategi dan teknik yang digunakan dapat memberikan kesan kepada pengajaran dan pembelajaran di kelas. Guru perlu tahu tahap kemampuan murid dalam pencapaian mereka sebelum menentukan hasil pembelajaran bagi proses P&P. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada perancangan guru yang melibatkan aspek fizikal dan psikologi pembelajaran.

Kaedah yang boleh digunakan ialah dengan menggunakan teknik Demonstrasi. Demonstrasi ialah salah satu cara melatih murid memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur. Dalam proses ini terdapat komunikasi lisan secara langsung daripada guru kepada murid. Teknik ini bertujuan memberi peluang kepada murid agar benar-benar memahami perkara yang hendak dipelajari melalui prosedur yang ditunjukkan. Kaedah demonstrasi ini membolehkan murid-murid menguasai sesuatu perkara dengan lebih mudah dan dapat meningkatkan ingatan murid terhadap sesuatu perkara. Demonstrasi yang baik memerlukan objektif dan kandungan yang teliti, penerangan yang jelas, tumpuan daripada murid, rumusan dan aktiviti susulan dalam memperkukuhkan kefahaman murid. Langkah pelaksanaan demonstrasi yang kami lakukan bermula dengan guru menentukan topik serta menyediakan alatan dan bahan. Sebelum itu guru menerangkan cara penggunaan alatan dan bahan kepada murid-murid. Kemudian, guru melaksanakan langkah-langkah aktiviti yang perlu diikuti dan ditunjukkan kepada murid-murid. Semasa demonstrasi ini dibuat, murid akan memberi gerak balas atas setiap persoalan yang diajukan untuk mengetahui pemahaman murid. Urutan perlu dicatatkan supaya tiada perkara penting yang ditinggalkan. Guru juga meminta murid mengulangi langkah dan murid akan mempraktikkan apa-apa sahaja yang telah dipelajari.

Yang kedua ialah dengan menggunakan strategi pemusatan bahan dan murid. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, bahan pengajaran memainkan peranan yang penting. Guru atau murid perlu bergantung sepenuhnya kepada penggunaan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pengajaran. Di sini, bahan untuk menjalankan aktiviti perlu disediakan guru untuk mencapai objektif yang ditetapkan. Guru juga lebih mengutamakan kecekapan dan kemahiran menggunakan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pengajaran. Bahan-bahan yang disediakan ini dapat membantu murid memahami konsep yang abstrak dengan lebih jelas di samping memupuk semangat berdikari dengan menjalankan aktiviti pembelajaran tanpa kehadiran atau pertolongan guru. Contohnya guru menunjukkan model kereta yang diperbuat daripada kad manila. Bahan maujud ini akan memberi gambaran jelas tentang konsep bentuk dan sebagainya. Sememangnya strategi pemusatan bahan pelajaran ini sangat mementingkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bermakna melalui pengalaman yang sebenar. Dengan adanya ilmu pengetahuan yang abstrak dapat dikaitkan dengan situasi yang konkrit.

Seterusnya ialah dengan menggunakan penggabungjalinan. Penggabungjalinan bermaksud pengintegrasian pelbagai kemahiran untuk menghasilkan pelajaran yang bersepadu dan menyeluruh. Strategi  ini bertujuan mengukukuhkan kemahiran antara satu sama lain dan menjadikan aspek pembelajaran saling melengkapi dalam sesuatu pelajaran, agar pembelajaran tersebut lebih menarik dan bermakna (Kamarudin Haji Husin, 1990).  Penggabungjalinan ialah proses penyampaian beberapa kemahiran seperti membaca, menulis dan mengira semasa P&P dijalankan. Antara kemahiran yang digabungjalinkan ialah membaca dan menyanyi, mewarna dan mendengar, menggunting dan menggam gambar. Kemahiran-kemahiran seni visual dapat digabungjalinkan dengan kemahiran bahasa. Ciri-ciri gabungjalin ini sangat menarik dan proses melaksanaknnya bersepadu dan menyeluruh. Dengan ini, murid dapat menintegrasikan kepelbagaian kemahiran dalam sesuatu aktiviti ini. Selain itu, kemahiran menggunting dan mewarna ini akan saling kukuh-mengukuh antara satu sama lain. Murid dapat belajar cara kemahiran menggunting sekaligus pandai menggunakan kemahiran mewarna dengan cara yang betul. Cara mengguna gabungjalin ini perlulah dirancang berdasarkan objektif pembelajaran. Perlunya penggabungjalinan kemahiran-kemahiran melahirkan murid yang berupaya dan cekap dalam penguasaan sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya melahirkan individu yang mahir dalam semua bidang/kemahiran dengan cepat dan teratur.

Soalan 3

(a) Empat bidang dalam PSV
1.    Menggambar
2.    Membuat corak dan rekaan
3.    Membentuk dan membuat binaan
4.    Mengenal kraf tradisional

(b) RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 6
Tahun                        : 6 Bestari
Bilangan murid           : 30 orang
Tarikh                         : 30 Oktober 2014
Bidang                        : Membuat corak dan rekaan
Tajuk                          : Corakku Rekaanku
Masa                          : 8.00 pagi – 9.00 pagi
Pengetahuan sedia ada : Murid pernah mempelajari corak dan rekaan bermotifkan alam dan buatan manusia
Hasil pembelajaran    :
                                   Aras 1
1.    Menggunakan bahan, teknik dan corak yang sesuai untuk menghiasi permukaan 2D dan 3D
Aras 2
1.    Mengolah motif berdasarkan objek alam dan objek buatan manusia bagi menghasilkan corak dan rekaan
Aras 3
1.    Menguasai beberapa kemahiran, kawalan tatacara dan disiplin kerja dalam menghasilkan corak dan rekaan.
Objektif                       : Pada akhir pembelajaran murid dapat
1.    Menggunakan bahan serta teknik untuk menghasilkan corak yang sesuai dalam menghiasi permukaan 2D (kertas) dan 3D (botol air).
2.    Mengaplikasikan corak bermotifkan alam dan objek buatan manusia dalam rekaan yang dihasilkan.
3.    Menguasai kawalan tatacara dan disiplin seperti kekemasan, ruang dan warna dalam menghasilkan corak dan rekaan.
BBM                                : Gambar permukaan 2D dan 3D, Kotak Misteri, kad berbentuk motif, contoh karya yang telah siap, carta langkah
Alat dan Bahan                : Kertas lukisan(2D), botol minuman (3D) pensel, pensel warna, marker pen berwarna-warni.
Nilai                                 : Kebersihan, berdisiplin dan bekerjasama.
KBKK                              : Murid dapat menjana idea secara kreatif dan dapat menghargai benda-benda di sekeliling.
KOMPONEN
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PDP / ILLUSTRASI
CATATAN
Set induksi
(5 minit)
·         Kotak misteri
·         Teka bentuk objek motif alam dan buatan manusia.
1.    Guru menyediakan sebuah kotak dinamakan Kotak Misteri yang mengandungi kad berbentuk yang bermotifkan alam dan buatan manusia.
2.    Murid akan mengambil kad bentuk tanpa melihat ke dalam kotak.
3.    Murid akan menerangkan bentuk yang telah diambil tadi.
BBM : kotak misteri
Langkah 1
PERSEPSI ESTETIK
(10 minit)
·         Guru memperkenalkan konsep motif alam dan buatan manusia kepada murid.
·         Guru memperkenalkan sifat asas seni reka pada motif corak alam dan buatan manusia.

1.    Guru menjelaskan secara ringkas definisi  dan contoh corak pada alam dan buatan manusia.
BBM :
-       kad gambar corak alam dan corak buatan manusia

KBT :
-       Soal jawab
-       Berpusatkan guru & bahan

Langkah 2
APLIKASI SENI
(10 minit)
Pengenalan kepada alat dan bahan
1.    Guru menunjukkan contoh hiasan permukaan 2D dan 3D yang menggunakan bentuk motif alam dan buatan manusia.
2.    Guru menunjukkan contoh pelbagai teknik penghasilan corak dan rekaan pada permukaan objek 2D dan 3D.
3.    Guru menerangkan kegunaan setiap alat dan bahan yang akan digunakan untuk aktiviti hari ini.

Strategi :
-       Berpusatkan guru

Langkah 3
EKSPRESI KREATIF
(20 minit)
Murid menghasilkan karya pada kertas lukisan serta botol minuman.
1.    Guru mengedarkan alat dan bahan kepada murid.
2.    Murid mula melakar corak dan rekaan pada kertas lukisan (objek 2D)
3.    Murid mewarnakan corak pada kertas lukisan dengan menggunakan pensel warna.
4.    Seterusnya murid mula membuat corak pada objek 3D iaitu di permukaan botol minuman.
5.    Mudi mewarnai corak dengan menggunakan men marker yang berwarna-warni.
6.    Murid membuat kemasan pada karya masing-masing.

Alat dan bahan :
-       Kertas lukisan
-       Botol minuman
-       Pensel
-       Pensel warna
-       Pen marker

Strategi :
-       Berpusatkan murid

EMK :
-       kreatif & inovatif

KBT :
-       Kecerdasan pelbagai
-       Interpersonal
-       Intrapersonal

Penutup:
APRESIASI SENI
(10 minit)

·         Sesi refleksi dan apresiasi mudah dengan bimbingan guru.
·         Guru menerapkan unsur keusahawanan dengan menggalakkan pelajar menghasilkan karya corak yang bermutu.

1.    Murid mempamerkan hasil kerja dan menyatakan hasil karya sendiri serta rakan.
2.    Murid menceritakan pengalaman semasa membuat corak pada objek 2D dan 3D di hadapan kelas.
3.    Guru menggalakkan pelajar menghasilkan karya cetakan yang bermutu supaya boleh dijual.
4.    Guru mengukuhkan semula tajuk pembelajaran pada hari ini.


Strategi :
-       Berpusatkan murid

Nilai murni :
-       keberanian

EMK :
-       keusahawanan

KBT :
-       Kecerdasan pelbagai
-       Intrapersonal
-       Verbal linguistik




RPH DSV TEMBIKAR

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN 4
Mata pelajaran                       : Dunia Seni Visual
Tarikh                                     : 9 September 2014
Masa                                      : 9.00-10.00 pagi (60 minit)
Tahun                                     : 4 Amanah
Bilangan murid                       : 30 orang
Bidang                                     : Mengenal Kraf Tradisional
Aktiviti                                     : Membuat tembikar
Tema                                      : Alam semula jadi
Alat                                         : pencungkil gigi atau batang aiskrim
Bahan                                     :  plastisin yang berlainan warna, plastik
Bahan Bantu Mengajar          :  contoh tembikar sebenar, carta langkah
EMK                                         : Keusahawanan, Kreativiti dan inovasi, TMK (slaid)
Pengalaman sedia ada           : Murid mengetahui apa itu tembikar
Penerapan nilai                       : Menghargai dan memahami kraf tradisional sebagai warisan bangsa.

STANDARD KANDUNGAN
1.    Membuat persepsi dan menggunakan bahasa seni visual yang ada pada tembikar.
2.    Mengaplikasikan bahasa seni visual dan media dalam penghasilan tembikar.
3.    Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam penghasilan tembikar.
4.    Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya.
STANDARD PEMBELAJARAN
4.1 Persepsi estetik
Murid dapat mengenal, memahami dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada tembikar
4.1.1 Unsur seni
                        4.1.1.1 Bentuk – konkrit
                        4.1.1.2 Jalinan – sentuh dan tampak
                        4.1.1.3 Warna – primer atau sekunder atau tertier atau neutral
4.1.2 Prinsip Rekaan
                        4.1.2.1 Imbangan – simetri atau tidak simetri
4.2 Aplikasi Seni
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan tembikar.
4.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
                        4.2.1.1 Alat – tiada
                        4.2.1.2 Bahan – plastisin yang berlainan warna, plastik
4.2.2 mengetahui penggunaan bahan serta proses dan teknik dalam penghasilan karya
                        4.2.2.1 Teknik – lingkaran dan picitan
4.3 Ekspresi Kreatif
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media serta proses dan teknik penghasilan tembikar secara kreatif.
4.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif
4.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya
4.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan tembikar
4.4 Apresiasi Seni
Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dengan rakan dan menumpukan pada aspek bahasa seni visual.
4.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan
4.4.2 Memperkenalkan tokoh-tokoh seni tembikar tempatan
4.4.3 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan

Objektif : Pada akhir pembelajaran, murid dapat;
1.    Menyatakan definisi tembikar.
2.    Boleh menggunakan alatan dan bahan bagi menghasilkan karya model tembikar secara kreatif dan selamat.
3.    Menghasilkan model tembikar mengikut prosedur dengan bimbingan guru secara kreatif.
4.    Membuat apresiasi mudah terhadap karya model tembikar sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.
KOMPONEN
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PDP / ILLUSTRASI
CATATAN

Induksi
(5 minit)

·         Puzzle gambar kraf tradisional di Malaysia
-       Tembikar
-       Wau
-       Batik
-       Ukiran kayu

1.    Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
2.    Guru mengedarkan kepingan puzzle kepada murid.
3.    Apabila guru berkata MULA, semua setiap kumpulan harus mencantumkan puzzle dan menyatakan gambar apa pada puzzle.
 











Contoh gambar puzzle

4.    Guru mencungkil pengetahuan sedia ada murid tentang  kraf tradisional seperti pada gambar puzzle.
5.    Guru menyatakan salah satu kraf tradisional ialah tembikar dan menyatakan isi pembelajaran ialah menghasilkan model tembikar.
6.    Guru menunjukkan contoh maujud tembikar kepada murid.


BBM :
-       puzzle gambar
-       bahan maujud tembikar

Strategi :
-       Permainan
-       Berpusatkan murid




Langkah 1: PERSEPSI ESTETIK
( 10 minit)

·          Guru memaparkan slaid jenis-jenis tembikar dan teknik penghasilan tembikar.
·         Jenis tembikar
-       Labu sayong
-       Pasu sarawak
-       Kendi
-       Jambangan
-       Terenang

·         Guru menguji pengetahuan sedia ada murid mengenai teknik penghasilan tembikar.

·         Teknik  penghasilan tembikar
-       Teknik picit
-       Teknik lingkaran
-       Kepingan
-       acuan


·         Guru bersoal jawab dengan murid berdasarkan slaid yang ditunjukkan


1.    Murid memerhati dan meneliti slaid mengenai jenis-jenis tembikar dan cara penghasilannya.









2.    Murid menjawab soalan mudah yang disoal oleh guru
Contoh soalan:
·         Apakah bahan untuk menghasilkan tembikar?
Tanah liat dan air

·         Apakah kegunaan tembikar yang kamu tahu?
Hiasan, bekas menyimpan air

·         Apakah unsur seni yang terdapat pada tembikar? (guru menunjukkan pelbagai contoh gambar tembikar yang berbeza)
Jalinan sentuh, imbangan, bentuk

·         Negeri mana yang banyak aktif dalam penghasilan tembikar?
Sayong, Perak

·         Apakah teknik membuat tembikar yang kamu tahu?
Picitan, lingkaran, kepingan, acuan

·         Siapa pernah ada pengalaman menghasilkan tembikar?



3.    Guru mencatatkan maklumat seperti asas seni reka dan proses menghasilkan tembikar pada papan tulis di hadapan.





Pembakaran labu sayong secara tradisional (salai)
Pembakaran secara pulau tiga



BBM :
-       slaid mengenai jenis-jenis tembikar
-       video cara penghasilan tembikar

Strategi :
-       Kemahiran menggunakan papan tulis

Teknik :
-       Soal jawab
-       Sumbang saran

EMK :
-       TMK


Langkah 2 : APLIKASI SENI

(15 minit)

·         Guru menunjukkan demonstrasi/cara menghasilkan tembikar daripada plastisin.
·         Guru mengaitkan plastisin dan tanah liat


·         Guru menunjukkan alat dan bahan kepada murid.
·         Guru menyoal murid mengenai tanah liat yang digantikan dengan plastisin.
Contoh jawapan : boleh dibentuk, ada sifat yang sama.
·         Guru menampal carta langkah menghasilkan model tembikar pada hadapan kelas. Murid membaca langkah secara beramai-ramai. 
·         Guru membuat demonstrasi menghasilkan model tembikar.

·         Murid memerhati dan meneliti cara guru menghasilkan tembikar menggunakan bahan yang disediakan.

KBT :
-       Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Bahan: 
-       plastisin yang berlainan warna
-       plastik

 BBM :
-       carta langkah

Teknik :
-       Demonstrasi
-       Tunjuk cara




Langkah 3: EKSPRESI KREATIF

(20 minit)


·         Murid menghasilkan karya tembikar masing-masing


1.    Murid menjalankan aktiviti membuat tembikar dengan kreativiti sendiri berdasarkan langkah-langkah yang telah ditunjukkan oleh guru.
Langkah 1:
·         Sediakan alat dan bahan di atas meja. Lapik meja dengan plastik supaya meja tidak kotor.



 





Langkah 2:
·          Uli plastisin dan jadikan plastisin bentuk bulat sebagai tapak tembikar.
 






Langkah 3:
·         Uli plastisin secara memanjang dengan menggunakan warna yang berlainan.

Langkah 4 :
·         Gulung plastisin yang panjang tadi pada tapak tembikar.

Langkah 5 :
·         Ulang langkah yang sama dengan mempelbagaikan saiz gulungan bagi membentuk tembikar.



Langkah 6 :
·         Buat kemasan pada tembikar.

2.    Murid membuat kemasan pada tembikar masing-masing.
3.     Guru sebagai pembimbing atau fasilitator.

KBT :
-       kecerdasan pelbagai
-       Interpersonal
-       Intrapersonal

Bahan: 
-       plastisin yang berlainan warna
-       plastik
strategi :
-       Berpusatkan murid dan bahan
APRESIASI SENI

(10 minit)



·         Sesi refleksi dan apresiasi mudah murid dengan bimbingan guru
·         Guru memberi peneguhan dan pujian terhadap karya murid



1.    Murid mempamerkan hasil kerja.
2.    Murid memberi pendapat tentang karya sendiri dan rakan berdasarkan bahasa seni visual dengan bimbingan guru
3.    Guru mengaitkan karya yang dihasilkan mempunyai nilai komersial dan boleh dijual.
4.    Guru mengukuhkan  semula tajuk pelajaran yang dipelajari hari ini.



KBT :
-       Kecerdasan pelbagai
-       Verbal linguistik

Nilai :
-       Menghargai
-       Keberanian
-       Keyakinan diri

EMK :
Keusahawanan


Refleksi guru: